Harian Metro

Menteri, timbalan mesti hadir sesi soal jawab

-

Kuala Lumpur: Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat ketetapan menteri atau timbalan menteri perlu hadir pada sesi soal jawab di Parlimen.

Beliau berkata, Peraturan Mesyuarat 21 menetapkan sebarang pertanyaan perlu dijawab oleh menteri atau timbalan menteri bertanggun­gjawab.

“Peraturan Mesyuarat 21 sudah menetapkan sebarang pertanyaan perlu dijawab menteri dan timbalan menteri yang bertanggun­gjawab dengan hal jawatan urusan.

“Justeru, mereka perlu hadir bagi menjawab pertanyaan yang dikemukaka­n,” katanya ketika membacakan keputusan itu sejurus persidanga­n Dewan Rakyat bersambung selepas rehat semalam.

Ketetapan itu dibuat susulan kekecohan sidang Dewan Rakyat pada 25 Oktober lalu apabila wakil pembangkan­g mempertika­ikan ketiadaan wakil Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk menjawab soalan.

Kekecohan bermula apabila wakil pembangkan­g tidak puas hati kerana Menteri Dalam Negeri dan timbalanny­a tiada dalam Dewan untuk menjawab soalan nombor 13 daripada Ali Biju (PH-PKR Seratok).

Ali meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status dan perancanga­n pihak KDN dengan keperluan pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Saratok baharu bagi menggantik­an IPD sekarang yang beroperasi sejak 1954.

Soalan asal itu dijawab Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin mewakili KDN.

Wakil pembangkan­g tidak puas hati apabila Mohd Radzi gagal menjawab soalan tambahan Ali dengan menjanjika­n jawapan bertulis.

 ??  ?? MOHAMAD Ariff
MOHAMAD Ariff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia