Harian Metro

12 kali ke SPRM

- Hidayatul Akmal Ahmad cnews@nstp.com.my

„ Tengku Adnan dipanggil isu jual tanah DBKL

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-UMNO Putrajaya) mengakui Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggiln­ya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n itu membuat pendedahan berkenaan susulan kekecohan berkaitan isu terbabit pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

“Banyak yang cakap saya tidak dipanggil SPRM. Sebenarnya saya sudah dipanggil lebih 12 kali dan saya sudah memberi maklumat atas apa yang saya tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan soalan tambahan Tan Kok Wai (PH-DAP Cheras) yang mendakwa penjualan 64 lot tanah milik DBKL di bawah harga pasaran dilakukan dengan kebenaran bekas Menteri Wilayah Persekutua­n itu.

Tengku Adnan bingkas bangun dan membidas Kok Wai.

“Untuk makluman Cheras, kamu tuduh saya. Tuduh saya di luar (Dewan), saya akan bawa kamu ke mahkamah,” katanya sebelum mengemukak­an soalan tambahan.

Tengku Adnan turut membuat penjelasan tidak mempunyai kaitan dengan kelulusan tanah di Wilayah Persekutua­n.

“Berkenaan masalah tanah di Wilayah Persekutua­n, waktu saya ambil alih sebagai menteri pada 2013, saya telah pulangkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

“Saya tiada kena mengena dengan kelulusan tanah di Wilayah Persekutua­n,” katanya sambil menjelaska­n turut dipanggil SPRM berhubung isu itu.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad, mengakui isu penjualan tanah berkenaan turut membabitka­n pihak lain.

“Beberapa keping tanah diakui asalnya dari pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang ditukar ke DBKL dan dijual.

“Bagaimanap­un, itu tidak menafikan hak bahawa hasil rundingan kita mendapat RM149 juta lebihan yang mana ia adalah bukti jelas tanah itu dijual pada harga lebih rendah berbanding sepatutnya.

“Saya akui bukan hanya DBKL dan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n terbabit, EXCO tanah dan (Ahli Parlimen) Putrajaya (Tengku Adnan) bukan pengerusi.

“Apa yang berlaku ialah harga dijual rendah dan tidak ikut prosedur dan kita serahkan kepada SPRM,” katanya.

Terdahulu, Kok Wai meminta kerajaan menjelaska­n bilangan tanah di Kuala Lumpur yang dijual DBKL di bawah harga pasaran kerana didakwa mempunyai unsur penyelewen­gan.

Pada 9 Oktober lalu, Khalid dilaporkan berkata, sejumlah RM149 juta diperoleh menerusi rundingan semula 16 daripada 23 transaksi jualan tanah seluas 104 hektar milik DBKL.

Rundingan semula itu dilakukan Jawatankua­sa Khas susulan tindakan kerajaan terdahulu yang dikatakan menjual tanah berkenaan pada harga lebih rendah daripada pasaran sehingga merugikan DBKL.

 ?? Tengku Adnan ?? Berkenaan masalah tanah di Wilayah Persekutua­n, waktu saya ambil alih sebagai menteri pada 2013, saya telah pulangkan kepada Jabatan Perdana Menteri”
Tengku Adnan Berkenaan masalah tanah di Wilayah Persekutua­n, waktu saya ambil alih sebagai menteri pada 2013, saya telah pulangkan kepada Jabatan Perdana Menteri”
 ??  ?? KOK Wai
KOK Wai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia