Harian Metro

Harga rumah turun tanpa SST

-

Harga rumah baharu belum dibina turun 10 peratus selepas pengecuali­an Cukai

Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengenakan cukai kerana ingin merangsang sektor hartanah supaya harga rumah boleh diturunkan.

“Sebelum ini, cukai barang dan perkhidmat­an (GST) dikenakan enam peratus terhadap perkhidmat­an pembinaan.

“Justeru, langkah ini diharap dapat membantu menurunkan harga rumah yang bakal dibina,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau mengulas kenyataan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang meramalkan berlaku penjimatan selepas kerajaan mengecuali­kan SST terhadap binaan asas dan perkhidmat­an pembinaan.

Guan Eng berkata, penurunan harga rumah baharu bagaimanap­un hanya tertakluk kepada perumahan jenis bukan harga terkawal (swasta).

“Untuk rumah sedia ada, itu isu lain... tunggulah Jumaat ini,” katanya sambil merujuk kepada pembentang­an Belanjawan 2019, 2 November ini. Perlakuan rogol dalam perkahwina­n sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus membuatkan­nya tidak dilihat sebagai kesalahan buat masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata, pesalah lebih cenderung untuk dilepas berbanding disabitkan dengan kesalahan itu.

“Kerajaan mengambil kira semua faktor dan berasa belum tiba masanya menjadikan rogol dalam perkahwina­n sebagai kesalahan.

“Bagaimanap­un, jika ada kes membabitka­n kekerasan rumah tangga, Seksyen 375A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak wanita terjamin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-PKR Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berhubung kesalahan rogol dalam perkahwina­n.

Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan semua pihak tanpa mengira kaum bagi memberi kesedaran berhubung kes terbabit kerana ia dianggap sebagai isu merentasi agama. Hukuman mati terhadap pesalah jenayah membabitka­n kematian tidak semestinya meredakan penderitaa­n dan trauma keluarga mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Liew Vui Keong berkata, kerajaan memahami perasaan keluarga mangsa dan keputusan memansuhka­n hukuman mati diakui sukar dibuat namun perlu dilakukan.

“Keluarga mangsa perlu berdepan dengan pelbagai pihak seperti polis dan media. Ia adalah proses yang traumatik.

“Kita faham penderitaa­n ditanggung keluarga mangsa jenayah membabitka­n kematian, tetapi kerajaan berpandang­an kita perlu bergerak ke hadapan.

“Perlu diakui, hukuman mati tidak lagi sesuai. Hutang darah dibayar darah bukan penyelesai­an,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, semalam.

Mengulas cadangan membincang­kan keputusan pemansuhan hukuman mati dalam jawatankua­sa khas Parlimen, Vui Keong berkata, perkara itu akan dipertimba­ngkan selepas Pejabat Peguam Negara selesai meneliti proses pemansuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia