Harian Metro

Letak logo palsu

- Iskandar Shah Mohamed cnews@nstp.com.my

„ 3,295 produk tenusu guna label tak sah dirampas

Bagaimanap­un, syarikat itu tidak pernah membuat permohonan dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) untuk mendapatka­n kelulusan menggunaka­n logo VHM terbabit.

Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dan JPV Ibu Pejabat Putrajaya serta Selangor menyerbu premis itu, kira-kira jam 11 pagi.

Ia membawa kepada rampasan 3,295 botol pelbagai jenis produk tenusu dan 166,992 pelekat label logo itu yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM21,300.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP negeri, Azman Adam berkata, ketika serbuan terdapat lapan individu termasuk warga asing berada di kilang memproses produk berkenaan.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati sebahagian daripada produk itu mempunyai logo VHM namun tidak mendapat kelulusan daripada JPV dan dirampas untuk tindakan lanjut.

“Produk berkenaan turut mempunyai logo halal namun ia didapati sah dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Veterinar JPV Putrajaya, Dr Mariati Daud Gan.

Kata Azman, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya termasuk merekodkan keterangan semua pihak yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu representa­si palsu mengenai pembekalan atau kelulusan barang dan perkhidmat­an,” katanya.

Beliau berkata, semua produk tenusu atau mudah rosak perlu mempunyai logo VHM itu antaranya bagi mengelak penyakit bawaan haiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia