Harian Metro

MAB dibenar batal saman cuai

-

Mahkamah Tinggi semalam, membenarka­n permohonan Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalka­n saman kecuaian dikemukaka­n terhadapny­a oleh 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370.

Hakim Azizul Azmi Adnan membenarka­n permohonan MAB selaku defendan kedua yang diwakili peguam Logan Sabapathy dan Sanjeev Kumar.

Azizul Azmi bagaimanap­un berkata, beliau hanya memberikan alasan penghakima­n jika waris keluarga berhasrat mengemukak­an rayuan.

Dengan keputusan itu, MAB bukan lagi defedan dalam kes saman yang difailkan pada Mac tahun lalu.

Sanjeev ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya sebelum ini berhujah untuk membatalka­n saman itu berdasarka­n alasan MAB dinamakan secara salah dalam saman kecuaian itu.

Sanjeev berkata, ia berikutan MAB belum ditubuhkan ketika insiden MH370 berlaku dan aset bukan di bawah kendalian serta kuasanya ketika itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini bagi plaintif (waris keluarga) meminda pernyataan tuntutan.

Kuala Lumpur: Kelam-kabut panjat bangunan dalam pembinaan sebelum bersembuny­i di celah besi perancah dan kayu.

Itu tindakan puluhan pekerja binaan warga asing sebaik menyedari dua tapak pembinaan berasingan sekitar Jalan Pekeliling dan Sri Hartamas, di sini, ‘dilawati’ pihak berkuasa pagi semalam.

Ada di antara mereka menggadai nyawa dengan memanjat bangunan di tapak pembinaan itu bagi mengelak diberkas.

Selain itu, terdapat segelintir pekerja binaan yang ditahan masih mencuba meloloskan diri walaupun menyedari kawasan itu sudah dikepung.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood yang mengetuai operasi berkata, 96 saman dikeluarka­n DBKL terhadap syarikat pembinaan sekitar ibu negara, dari awal tahun ini hingga September lalu.

“Kami mengenakan denda itu selepas syarikat pembinaan itu didapati melanggar Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Malah, ada yang beroperasi

melebihi waktu ditetapkan dan pada hari minggu. Tindakan diambil selepas DBKL membuat pemeriksaa­n ke atas 150 tapak pembinaan di sekitar kawasan ibu kota,” katanya pada sidang media Ops Tapak, di sini, semalam.

Mengulas mengenai Ops itu, Azman berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) menyerbu dua tapak pembinaan di Jalan Pekeliling dan Sri Hartamas, di sini.

Beliau berkata, seramai 261 warga asing ditahan di lokasi kedua di Sri Hartamas. Kebanyakan­nya gagal mempamerka­n kad hijau dan tiada kad pengenalan diri.

 ??  ?? ANGGOTA Imigresen memeriksa dokumentas­i pekerja tapak pembinaan warga asing ketika ditahan dalam operasi bersepadu.
ANGGOTA Imigresen memeriksa dokumentas­i pekerja tapak pembinaan warga asing ketika ditahan dalam operasi bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia