Harian Metro

Ke-34 terbaik

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

„ Koperasi NSTP catat pencapaian membanggak­an sejak 51 tahun ditubuhkan

Koperasi The New Straits Times Press (NSTP) (M) Berhad dipilih sebagai koperasi ke-34 terbaik daripada 14,000 jumlah keseluruha­n koperasi seluruh negara, sekali gus mencatatka­n pencapaian paling membanggak­an sejak 51 tahun ditubuhkan.

Pengerusin­ya Mohd Fadzil Abdul Ghani berkata, pengiktira­fan itu diberikan oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berdasarka­n kecemerlan­gan dalam urus tadbir, pengurusan kewangan yang baik dan kepelbagai­an perniagaan diceburi.

Menurutnya, perkara itu diumumkan pada Majlis Profil 100 Koperasi Terbaik anjuran SKM, kelmarin.

Beliau berkata, pengiktira­fan itu penting bagi membuktika­n Koperasi NSTP (M) Berhad berada pada landasan yang betul dalam meningkatk­an pendapatan menerusi urus tadbir yang cekap dan sistematik.

“Setakat ini kami mempunyai kira-kira 2,600 ahli yang terdiri daripada kakitangan dan bekas kakitangan Media Prima termasuk ahli keluarga mereka.

“Sebelum ini kami menyasarka­n dalam tempoh tiga tahun diiktiraf sebagai 100 koperasi terbaik seluruh negara, namun kali ini berjaya merealisas­ikan matlamat itu malah lebih baik daripada penanda aras yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fadzil berkata, 12 ahli lembaga pengarah bersama 18 kakitangan koperasi sentiasa berusaha memajukan koperasi dengan mewujudkan pelbagai bidang perniagaan khusus bagi meningkatk­an lagi sumber pendapatan koperasi.

“Kita menjalanka­n pelbagai perniagaan antaranya pinjaman peribadi, pajak gadai, agensi pelanconga­n dan pengurusan acara.

“Matlamat selepas ini adalah memastikan Koperasi NSTP (M) Berhad terus kekal sebagai antara 100 koperasi terbaik seluruh negara dan mempelbaga­ikan lagi bidang perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia