Harian Metro

Terus terbuka terima pelabur China

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus terbuka untuk menerima sebarang pelaburan langsung asing (FDI) termasuk dari China, namun ia perlu menghormat­i peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Malaysia.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan asing bagi membantu membangunk­an infrastruk­tur serta perkembang­an ekonomi secara menyeluruh di negara ini.

“Kami sentiasa mengalu-alukan FDI dari seluruh dunia termasuk China. Kami mahu pelabur asing dari seluruh dunia membawa masuk modal, mewujudkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan memindah teknologi ke negara ini.

“Malaysia akan terus menyokong mereka (pelabur asing), namun kita mempunyai dasar yang perlu mereka hormati bagi memastikan kerjasama pelabur asing termasuk China dengan Malaysia terus kukuh.

“Itulah asas dan prinsip negara yang harus dihormati oleh semua pihak,” katanya kepada media selepas melancarka­n Laporan Bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Asia Tenggara oleh CIMB ASEAN Research Institute dan Pusat Hal Ehwal Antarabang­sa, Diplomasi dan Strategi (IDEAS) LSE serta Siri Perbincang­an Panel Meja Bulat ASEAN di sini, semalam.

Kejayaan transforma­si Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada dana bersaiz RM2.6 juta pada 1952 sehingga menjadi dana persaraan antara terbesar dunia berjumlah lebih RM800 bilion boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kerajaan lain seluruh dunia.

Ia adalah berdasarka­n Laporan Kajian Kes oleh Bank Dunia mengenai kejayaan dicapai KWSP sebagai dana persaraan awam sejak lebih enam dekad lalu.

Ahli Ekonomi Utama dan Pemangku Pengurus Negara Hab Penyelidik­an dan Pengetahua­n Global Bank Dunia di Malaysia, Dr Richard Record berkata, laporan itu turut menekankan tiga faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan memberangs­angkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia