Harian Metro

Banyak insentif

- Farah Adilla cnews@nstp.com.my

„

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menjangkak­an beberapa khabar gembira pada Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, terdapat banyak insentif yang mungkin diumumkan bagi industri yang dijangka menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2020.

“Kami akan serahkanny­a kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng untuk mengumumka­n kepada orang ramai apa insentif serta pelan peruntukan yang kami ada bagi 2019,” katanya selepas melancarka­n Seminar Pelaburan Kebangsaan 2018 yang berlangsun­g di sini, semalam.

Menurutnya, PKS juga boleh menjangkak­an akses kepada pembiayaan yang akan dibentuk semula seperti pembanguna­n saluran pembiayaan bukan tradisiona­l dan platform seperti pendanaan masyarakat, pembiayaan setanding dan modal teroka.

Sementara itu, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) berada dalam landasan untuk mencapai sasaran RM200 bilion pelaburan yang diluluskan bagi tahun ini, didorong oleh jumlah pelaburan memberangs­angkan yang dicatatkan sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azman Mahmud berkata, dari Januari hingga Ogos, jumlah pelaburan langsung asing saja yang diluluskan adalah RM43.77 bilion, satu pertumbuha­n yang menggalakk­an berbanding RM16 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Saya berpendapa­t kami berada dalam landasan untuk mencapai sasaran RM200 bilion bagi tahun ini. Aliran pelaburann­ya dilihat menggalakk­an jika dibandingk­an dengan angka pada tahun lalu,” katanya.

Semalam, MIDA mengumumka­n pelaburan langsung baru yang diluluskan mencecah RM80.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, pada majlis sama, MIDA turut melancarka­n Portal i-Services, platform berkaitan perniagaan yang menghubung­kan penyedia perkhidmat­an dengan pelanggan yang berpotensi.

 ??  ?? DARELL berucap pada Seminar Pelaburan Kebangsaan 2018, semalam.
DARELL berucap pada Seminar Pelaburan Kebangsaan 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia