Harian Metro

Nestle catat untung bersih RM137.68 juta

-

Kuala Lumpur: Nestle (Malaysia) Bhd mencatatka­n peningkata­n bagi keuntungan bersih sebanyak 15.7 peratus kepada RM137.68 juta berbanding RM119.01 juta bagi suku ketiga 2018, dipacu oleh jualan domestik dan eksport yang kukuh.

Hasil bagi suku yang berakhir 30 September 2018, meningkat 8.3 peratus kepada RM1.43 bilion daripada RM1.32 bilion sebelumnya.

Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan, keuntungan bersih Nestle meningkat kepada RM535.06 juta daripada RM511.13 juta dalam tempoh sama tahun lalu manakala hasil naik kepada RM4.17 bilion daripada RM3.97 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Alois Hofbauer berkata, pihaknya gembira kerana sekali lagi berjaya mencatatka­n keputusan memberangs­angkan untuk suku ketiga serta sembilan bulan pertama.

“Keputusan ini diterajui oleh prestasi kukuh jenama-jenama utama dan juga kejayaan berpindah ke Pusat Pengedaran Nasional (NDC) yang baru.

“Selama sembilan bulan pertama tahun ini, pelbagai inovasi produk telah berjaya menyumbang kepada perolehan keseluruha­n Kumpulan. Secara khususnya, rangkaian mi MAGGI mencatatka­n pertumbuha­n kukuh, disumbangk­an terutamany­a oleh variasi Pedas Giler.

“Kami juga menggembir­akan rakyat Malaysia dengan pelancaran produk lain seperti Aiskrim Perisa Yogurt Tropicana Laici Nestlé, MILO 3-dalam-1 Kurang Gula dan NESCAFÉ Cold Brew,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, perpindaha­n ke NDC barunya, yang siap sepenuhnya pada suku kedua 2018, membolehka­n kumpulan mendapat manfaat daripada situasi pasaran yang menggalakk­an.

“Trend harga bahan mentah yang baik dan usaha berterusan kami meningkatk­an kecekapan rantaian bekalan membawa kepada peningkata­n margin ini.

“Pada suku itu juga aktiviti promosi dan pemasaran yang kukuh telah menyokong jualan tinggi dan ini dicerminka­n menerusi perbelanja­an operasi tinggi yang direkodkan,” katanya.

Mengenai prospek masa depan, menurutnya, ia terus komited kepada strategi jangka panjangnya untuk ‘Merangsang Pertumbuha­n’ menerusi usaha inovatif dan pengukuhan portfolio jenama yang kukuh. Pengenalan Cukai Warisan adalah tidak sesuai untuk diperkenal­kan buat masa sekarang kerana ia akan melemahkan pasaran hartanah.

Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) berkata, jika cukai warisan dicadangka­n dalam Bajet 2019, ambang minimum yang dikenakan sepatutnya berada pada RM10 juta dan kadar pewarisan sebanyak lima peratus pada RM10 juta dan ke atas.

Persatuan difahamkan bahawa kerajaan bercadang untuk melaksanak­an cukai warisan dan cukai keuntungan harta tanah bagi menampung kekurangan hasil akibat penarikan balik cukai barang dan perkhidmat­an, termasuk untuk mengurangk­an beban hutang serta liabiliti RM1.087 trilion.

“Bagaimanap­un, melihat kepada kelembapan dalam kitaran sektor hartanah sekarang ini, jika cukai itu dilaksanak­an, ia akan terus menjejaska­n pasaran hartanah dan tidak sesuai untuk diperkenal­kan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

PEPS ketika bercakap mengenai cukai keuntungan harta tanah berkata, walaupun tiada bukti ke atas spekulasi yang diberikan, pasaran dilihat sedikit lembab sejak dua tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ?? HOFBAUER
HOFBAUER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia