Harian Metro

#MYCYBERSAL­E 2018 atasi sasaran ditetapkan

-

Kuala Lumpur: Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) sekali lagi berjaya menganjurk­an acara jualan dalam talian terbaik iaitu #MYCYBERSAL­E 2018 yang menjana nilai dagangan kasar (GMV) berjumlah RM390 juta sekali gus mengatasi sasaran ditetapkan iaitu RM380 juta dan mencapai pertumbuha­n tahunan sebanyak 25 peratus.

Ada 1,260 peniaga dalam 21 kategori di #MYCYBERSAL­E kelima yang diadakan lebih awal iaitu pada September 2018 di mana lebih 50 peratus adalah peniaga baharu dengan produk gaya hidup dan kategori fesyen adalah kegemaran utama dalam kalangan pengguna.

Hasil eksport juga meningkat daripada RM39 juta bagi GMV pada 2017 kepada RM51 juta pada tahun ini yang dipacu daripada pembeli di 32 negara dari wilayah Afrika, Eropah, Asia Barat , Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah berkata prestasi lebih kukuh #MYCYBERSAL­E 2018 menandakan semakin pentingnya sektor e-dagang terhadap prestasi ekonomi negara.

Menurutnya, sektor itu berpotensi untuk berkembang melalui penyertaan lebih kukuh daripada PKS iaitu tulang belakang kepada ekonomi Malaysia.

“Dalam acara tahun ini, beberapa peniaga dilihat menunjukka­n pendekatan berjaya untuk meneroka pelbagai kategori untuk memperluas­kan portfolio produk mereka,” katanya pada kenyataan di sini, semalam.

Kira-kira 74 peratus daripada pendapatan eksport disumbangk­an oleh e-dagang yang mengambil bahagian dalam kategori perjalanan.

Kategori utama seterusnya untuk pasaran eksport ialah hiburan (permainan dalam talian, sukan permainan dan tiket konsert) sebanyak 16.9 peratus dan barangan runcit (5.7 peratus).

Chatime Malaysia Sdn Bhd, pemegang francais induk minuman teh berjenama Chatime merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal bagi pengeluara­n bahan mentah produk itu di Asia.

Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, ia adalah sebagai usaha dalam menghasilk­an rantaian pembekalan bahan mentah halal kepada perniagaan Chatime di rantau ini.

 ??  ?? GANESH
GANESH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia