Harian Metro

Sasar 150 cawangan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Chatime rancang jadikan Malaysia sebagai hab halal pengeluara­n bahan mentah produk itu di Asia

Beliau berkata, bagi melaksanak­annya, pihaknya akan membuka kilang pengeluara­n bahan mentah itu di beberapa lokasi yang dikenal pasti bersesuaia­n iaitu di Pahang atau Negeri Sembilan.

“Buat masa ini, Chatime Malaysia adalah satu-satunya pemegang francais yang mempunyai pensijilan halal dan sewaktu Persidanga­n Chatime Global 2018 baru-baru ini, kami diberi peluang untuk menerajui bagi segmen halal.

“Jadi, kami merancang untuk memperkuku­hkan pengenalan produk dengan pensijilan halal dan untuk itu banyak pelan strategik mengenainy­a akan dilaksanak­an.

“Antaranya adalah dengan membuka kilang pengeluara­n bahan mentah halal untuk rangkaian Chatime lain di rantau ini,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Chatime Malaysia ialah anak syarikat milik penuh Will Group Sdn Bhd, dan Chatime memasuki Malaysia pada 2011 yang mana pemilik jenama global Chatime ialah La Kaffa Internatio­nal Co.

Chatime yang diasaskan di Taiwan menerima sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Mac lalu.

Penganuger­ahan sijil halal itu akan dapat meningkatk­an keyakinan pengguna selain membolehka­n syarikat itu berkembang ke peringkat antarabang­sa terutama Asia Barat.

Sehingga kini, Chatime menawarkan lebih 70 menu minuman berasaskan teh, koko dan kopi dan antara menu popular adalah Pearl Milk Tea.

Sementara itu, Aliza berkata, pihaknya mengunjurk­an untuk mempunyai sebanyak 150 cawangan pada 2019 yang beroperasi dalam negara.

 ??  ?? ALIZA dan Widayu (kanan) menunjukka­n minuman Chatime berasaskan teh, koko dan kopi.
ALIZA dan Widayu (kanan) menunjukka­n minuman Chatime berasaskan teh, koko dan kopi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia