Harian Metro

11street tawar diskaun 90 peratus sempena 11.11

-

11street akan mengadakan pesta beli-belah sempena fenomena 11.11 bermula 29 Oktober dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Cheong Chia Chou berkata, bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pelanggan dalam talian di Malaysia, 11street menyediaka­n pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk semua.

“Pesta ini dimulakan dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November di mana pelanggan boleh mendapatka­n produk dan perkhidmat­an pada harga yang mengejutka­n.

“Sepanjang tempoh ini, barangan daripada kategori seperti Teknologi (peranti mudah alih, IT, barangan elektronik), Kecantikan (kesihatan dan kecantikan, fesyen), Keluarga

(barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kediaman dan kehidupan) serta Gaya Hidup (eBaucar, buku, sukan, hobi & hadiah) ditawarkan pada harga rendah yang luar biasa,” katanya.

Menurutnya, kempen Shopping Madness 11 memberikan lebih banyak sebab untuk memberi ganjaran kepada pelanggan 11street dan sebagai langkah syarikat dalam menghargai sokongan teguh yang diberikan selama ini. iPay88 Holding Sdn Bhd mengesyork­an kerajaan memperkena­lkan cukai berasaskan keuntungan yang lebih membina dan bukan berasaskan industri digital secara menyeluruh yang berkemungk­inan diumumkan dalam Bajet 2019, Jumaat ini.

Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutifn­ya, Chan Kok Long berkata, ini memandangk­an industri digital di Malaysia masih belum bersedia melaksanak­an cukai digital ketika sektor terbabit masih berusaha meraih keuntungan.

“Industri teknologi kewangan misalnya mengubah industri kewangan dan cara perniagaan

(fintech)

dijalankan. Namun, penggiat industri masih dalam peringkat melabur dalam perniagaan berbanding mencatat keuntungan,” katanya.

Chan turut menyifatka­n industri digital Malaysia masih dalam peringkat awal dan kebanyakan syarikatny­a terus berusaha untuk mencatat pulangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang langkah pelaksanaa­n cukai ke atas industri baharu sebaliknya hanya merugikan Malaysia apabila pesertanya beralih ke lokasi lain seperti di negara jiran.

“Pelaksanaa­n cukai digital pada masa ini akan menyekat inovasi dan pertumbuha­n industri berbanding kehadiran penggiat asing ke dalam pasaran,” katanya.

Chan berkata,

Malaysia sewajarnya melaksanak­an cukai yang berasaskan keuntungan berbanding berasaskan industri itu secara menyeluruh.

 ?? Cheong Chia Chou ?? Pesta ini dimulakan dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November di mana pelanggan boleh mendapatka­n produk dan perkhidmat­an pada harga yang mengejutka­n”
Cheong Chia Chou Pesta ini dimulakan dengan Madness Category Sales dari 29 Oktober hingga 10 November di mana pelanggan boleh mendapatka­n produk dan perkhidmat­an pada harga yang mengejutka­n”
 ??  ?? CHAN
CHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia