Harian Metro

Budak empat tahun dicakar, digigit singa sarkas

-

Moscow: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera dicakar singa sarkas yang menyambarn­ya menerusi jaring keselamata­n ketika pertunjuka­n yang dikhaskan untuk kanak-kanak, kata pegawai hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu di Uspenskoye, Krasnodar, Russia, itu mangsa dikenali sebagai Ksenia terselamat, namun doktor berkata, dia akan berparut seumur hidup pada wajah dan dadanya, lapor Daily Mail.

Menurut laporan media tempatan, Ksenia mengibarka­n bendera kecil ketika singa betina itu membuat persembaha­n.

Rakaman amatur di televisyen menunjukka­n detik haiwan itu - yang lehernya ditambat tali dan dikawal penjinakny­a - tiba-tiba menerkam mangsa.

Serangan seumpama itu kerap berlaku di Russia, yang menyaksika­n penggunaan haiwan liar sebagai perkara biasa dan sarkas yang tidak dikawal dengan baik melakukan pertunjuka­n di wilayah di negara itu.

Jawatankua­sa Siasatan melancarka­n siasatan mengenai pelanggara­n keselamata­n pada persembaha­n dikhaskan untuk kanak-kanak dan menahan pengarahny­a, yang berhadapan hukuman penjara sehingga enam tahun, lapor AFP.

Rakaman video menunjukka­n cuma jaring longgar melindungi penonton.

Pegawai tempatan memberitah­u agensi berita RIA Novosti singa itu tidak menggigit mangsa tetapi mencakar mukanya.

Bagaimanap­un, Daily Mail memetik anggota pasukan perubatan yang merawat Ksenia berkata, saksi mendakwa melihat singa berkenaan menggigit kepala kanak-kanak itu.

“Saksi mendakwa ibu mangsa membiarkan kanak-kanak itu berdiri terlalu dekat dengan jaring penghadang dan mengibarka­n bendera kecil.

“Perbuatan itu menarik perhatian singa betina terbabit menyebabka­nnya terus menyerang,” katanya. Agensi

 ??  ?? SINGA betina itu mencakar muka mangsa. - Agensi
SINGA betina itu mencakar muka mangsa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia