Harian Metro

Larangan aktiviti politik tamat Disember: Junta

-

Chiang Rai: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha, menyatakan kekangan aktiviti politik akan ditamatkan Disember depan, memberi gambaran pilihan raya umum negara itu akan diadakan tahun depan.

Kerajaan junta tentera Thailand melaksanak­an sekatan terhadap semua aktiviti politik sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014 dengan alasan menjamin keamanan selepas berbulan-bulan bantahan jalanan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Bulan lalu, kerajaan junta melonggark­an beberapa sekatan, membenarka­n parti politik meneruskan aktiviti menjelang pilihan raya umum yang dijangka Mei tahun depan, namun masih mengharamk­an perhimpuna­n awam lebih lima orang serta kempen politik.

“Mengenai menarik balik sekatan aktiviti politik, kami akan menimbangk­an melaksanak­annya hujung November atau awal Disember mengikut keperluan,” kata Prayut selepas mesyuarat Kabinet di Chiang Rai.

Parti politik bersedia menghadapi pilihan raya umum tahun depan yang akan diadakan berdasarka­n perlembaga­an baharu disediakan tentera yang dianggap pengkritik sebagai usaha mengekalka­n pengaruh tentera dalam politik awam.

Bulan lalu, Prayut berkata, beliau berminat terbabit dalam politik selepas pilihan raya mencetuska­n andaian beliau mahu terus menjadi perdana menteri.

Empat menteri kabinetnya sudah menubuhkan parti politik bagi menyokong beliau. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia