Harian Metro

Dibunuh, kerat kemaluan

- Agensi

„ Mayat pemain bola sepak Brazil ditemui hampir dipenggal

London: Tujuh lelaki didapati bersalah atas pelbagai jenayah seksual termasuk rogol, serangan tidak bermoral dan pengurunga­n salah remaja perempuan termasuk bawah umur.

BBC melaporkan, semua anggota kumpulan jenayah di Rotherham itu warga Britain berketurun­an Pakistan dan mendera secara seksual lima gadis dalam tempoh tujuh tahun.

Seorang mangsa memberitah­u Mahkamah Sheffield Crown dia mengadakan seks dengan sekurang-kurangnya 100 lelaki berketurun­an Asia Selatan menjelang usia 16 tahun.

Kes itu terbongkar susulan daripada siasatan Agensi Jenayah Nasional (NCA) terhadap eksploitas­i seksual kanak-kanak di Rotherham yang berjaya mengenal pasti lebih daripada 1,500 mangsa.

Siasatan menyeluruh dimulakan susulan pendedahan pada 2014 mengenai siri penderaan seksual di bandar di Yorkshire itu, antara 1997 hingga 2013, selain kegagalan polis serta khidmat sosial bertindak.

Semua mangsa cuma berusia antara 14 hingga 16 tahun

Mayat seorang pemain bola sepak Brazil ditemui dalam belukar, dengan kepalanya hampir dipenggal, manakala kemaluanny­a dipotong Sabtu lalu, lapor media tempatan.

Mayat bintang Sao Paulo, Daniel Correa Freitas, 24, ditemui orang ramai di Sao Jose dos Pinhais, Parana, selatan Brazil, oleh orang awam yang kebetulan lalu di situ.

Punca rasmi kematianny­a tidak didedahkan, namun akhbar tempatan, Band B melaporkan, Freitas diseksa.

Seorang anggota polis memberitah­u akhbar itu: “Mayatnya menunjukka­n tanda diperlakuk­an ganas.

“Dia mempunyai dua luka dalam di leher, kepalanya hampir terputus dan kemaluanny­a dipotong.

“Jalan tempat mayatnya ditemui memang terpencil dan lazim menjadi tempat pembuangan mayat.”

Menurut akhbar itu, bukti menunjukka­n mangsa dibunuh sebelum mayatnya diseret 30 meter.

Pemain tengah itu memulakan kerjayanya dengan Botafogo sebelum berpindah ke Sao Paulo, tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, dia menghabisk­an dua tahun lalu bermain dengan beberapa kelab lain. Susulan itu, beberapa kelab turut menyuaraka­n kesedihan di Twitter berhubung berita kematianny­a.

 ??  ?? LOKASI mayat Freitas ditemui. - Agensi
LOKASI mayat Freitas ditemui. - Agensi
 ??  ?? ANGGOTA kumpulan jenayah dijatuhkan hukuman 16 November depan. - AFP
ANGGOTA kumpulan jenayah dijatuhkan hukuman 16 November depan. - AFP
 ??  ?? FREITAS
FREITAS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia