Harian Metro

AMELINA LEPAS RINDU SETIAP ISNIN

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bergelar ratu cantik dan mewakili negara menjadi kelebihan buat Sanjna Suri, 26, menceburi bidang lakonan.

Sanjna yang juga pemegang ijazah Sarjana Muda Farmasi dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) berkata, dia sangat bertuah kerana bakatnya mula digilap pengarah terkenal Khabir

Batia menerusi filem Sangkar yang bakal ditayangka­n tahun depan.

“Saya sangat meminati bidang seni dan mahu mencuba nasib berlakon drama dan filem Melayu. Mungkin kerana saya menuntut di sekolah kebangsaan dan fasih berbahasa Melayu.

“Oleh itu, selepas berjaya menguruska­n badan dan memenangi pertanding­an ratu cantik, saya nekad mencuba nasib sebagai pelakon.

“Saya bertuah apabila Kabir menawarkan berlakon dalam filem Sangkar menerusi sesi uji bakat diadakan sebelum ini,” katanya.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini berkata, dia menimba pengalaman berharga ketika penggambar­an filem berkenaan yang diterajui Zul Ariffin dan Remy Ishak itu.

“Saya pernah berlakon dalam filem

Tamil tetapi dalam filem itu saya bertutur dalam bahasa Inggeris. Sangkar adalah filem Melayu pertama lakonan saya sekali gus memperkena­lkan saya kepada peminat filem Melayu.

“Saya melakonkan watak Priya yang juga teman wanita kepada Zul dalam filem itu. Sebagai Priya, ia memerlukan saya banyak bermain dengan ekspresi wajah. Menurut Kabir, saya nampak bagus dalam kamera,” katanya. Sepanjang pembabitan dalam program Gegar Vaganza 5 (GV 5), penyanyi dangdut Amelina terpaksa tinggal berjauhan dengan enam anaknya.

Amelina, 44, atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddi­n berkata, itu pertama kali dia meninggalk­an anak dalam tempoh lama sekali gus menyifatka­n antara pengorbana­n terbesar demi menyara keluarga.

“Sepanjang program ini saya tinggal di Kuala Lumpur bersama pihak pengurusan. Mereka sudah seperti adik saya. Anak tinggal dan dijaga emak di kampung. Alhamdulil­lah, setakat ini semuanya okey dan berjalan baik. Mereka faham tuntutan kerjaya saya.

“Namun, bagi mengubat kerinduan saya akan pulang ke kampung setiap Isnin. Jika tidak ada aktiviti membabitka­n program, saya akan bermalam dan luangkan masa bersama anak. Walaupun tidak cukup untuk mereka, tetapi sekurangku­rangnya dapat lepas rindu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia