Harian Metro

‘Saya hanya jadi diri sendiri’ Amelina

- DARI MUKA 36

“Walaupun mereka tak pernah cakap rindu, tetapi sebagai ibu saya dapat rasa dengan melihat reaksi mereka setiap kali nak kembali ke Kuala Lumpur. Malah, ada yang minta saya tunggu mereka pulang dari sekolah, baru saya balik. Diakui sayu hati setiap kali nak meninggalk­an mereka,” katanya.

Amelina yang popular menerusi lagu Asyik berkata, dia juga tidak dapat menyembuny­ikan perasaan sunyi kerana berjauhan dengan anak.

“Selama ini saya sentiasa bersama anak dengan melayan kerenah mereka. Suasana bising dalam rumah adalah perkara biasa, apabila mereka tak ada memang sunyi dibuatnya.

“Pernah juga ajak mereka datang tengok persembaha­n setiap minggu, tetapi semuanya menolak. Mereka cakap, menonton di rumah lebih puas sebab nampak muka saya dekat. Kalau dalam dewan kena duduk jauh,” katanya.

Menurut Amelina, menggalas tanggungja­wab sebagai ibu dan bapa kepada enam anak menjadikan­nya lebih kuat untuk meneruskan pertanding­an.

Walaupun timbul cakapcakap mengatakan hidupnya penuh ‘drama’ dan sekadar ingin meraih simpati, Amelina berkata, dia hanya menjadi diri sendiri.

“Selain terpaksa berjauhan dengan keluarga, saya juga berkorban apabila menolak semua tawaran persembaha­n. Ia sematamata untuk memberi fokus kepada pertanding­an. Alhamdulil­lah, dari segi kewangan terjaga dan stabil. Pihak pengurusan juga banyak membantu.

“Ramai tidak tahu, saya buat ini demi peminat. Malah, apa yang mereka saksikan itulah diri saya yang sebenarnya. Saya selesa menjadi diri sendiri. Buat apa nak berdrama? Orang hanya pandai cakap kerana tidak berada di tempat saya,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Amelina merancang muncul dengan album mini selepas berakhirny­a GV5.

“Dalam program ini orang sudah boleh tengok kemampuan saya yang boleh menyanyika­n lagu daripada genre lain. Saya buang habis imej dan lagu dangdut yang menjadi kekuatan sebelum ini.

“Jadi, sebelum muncul dengan single dangdut saya mahu hadiahkan peminat dengan single lain dulu. Sama ada lagu pop atau balada, kena tunggu.

“Insya-Allah, saya juga merancang menghasilk­an album mini yang memuatkan lima atau enam lagu. Bagaimanap­un, semuanya masih dalam peringkat perbincang­an bersama pihak pengurusan,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Tepis cakap-cakap mengatakan hidupnya penuh ‘drama’ dan ingin raih simpati

 ??  ?? Dalam program ini orang sudah boleh tengok kemampuan saya yang boleh menyanyika­n lagu daripada genre lain. Saya buang habis imej dan lagu dangdut yang menjadi kekuatan sebelum ini
Dalam program ini orang sudah boleh tengok kemampuan saya yang boleh menyanyika­n lagu daripada genre lain. Saya buang habis imej dan lagu dangdut yang menjadi kekuatan sebelum ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia