Harian Metro

Minta bayaran untuk sesi fotografi

-

Artis wanita ini memang cukup dikenali dengan gosip serta kontrovers­i yang sentiasa ada.

Namun, itu nampaknya tidak cukup menghasilk­an pendapatan lumayan buatnya. Mungkin kerana itu dia memilih untuk mengenakan bayaran setiap kali diundang mengadakan sesi fotografi.

Baru-baru ini, rakan SS yang bekerja di sebuah majalah terkemuka ingin mengadakan sesi fotografi bersama pelakon ini bagi menghiasi majalah berkenaan.

Apabila dirisik dengan pihak pengurusan­nya, nampaknya seperti ada benda yang tidak kena.

Rakan SS yang sudah bekerja belasan tahun dalam industri media terkejut apabila artis itu mengenakan bayaran sekiranya mahu dia hadir ke sesi fotografi itu.

Sebenarnya sesi fotografi dan setiap artikel serta muka surat dalam majalah itu adalah untuk mempromosi­kan artis itu.

Kalau nak diikutkan secara logik, dia yang sepatutnya membayar kepada pihak penerbitan majalah itu kerana ingin mempromosi­kan dirinya. Ini terbalik pula!

Jadi, apabila pihak penerbitan tak kiralah majalah mahupun akhbar tidak kenakan bayaran untuk mempromosi­kan artis, dia sepatutnya bersyukur.

Kalau nak tahu, setiap muka surat majalah atau akhbar, kos penerbitan­nya menelan belanja yang besar.

SS: Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah bertaraf antarabang­sa pun tak pernah kenakan bayaran untuk sesi fotografi bersama media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia