Harian Metro

Keperluan paling mendesak

-

Projek #Kontena4Ug­anda antara

projek pertama di negara ini hantar pakaian terpakai dan buku

Program MyCorps siri kelima itu disertai 46 sukarelawa­n yang diadakan di Afrika membabitka­n empat negara iaitu Sudan, Tanzania, Kenya dan Uganda.

Pengalaman yang dikutip sepanjang berada di bumi Afrika itu memberi inspirasi kepadanya untuk melaksanak­an projek #Kontena4Ug­anda di wilayah terbabit.

Projek #Kontena4Ug­anda antara projek kebajikan pertama di negara ini yang menghantar bantuan berupa pakaian terpakai dan buku ke Afrika iaitu Uganda menggunaka­n kontena menerusi laluan laut.

Ia dilaksanak­an dengan kerjasama daripada Islamic University in Uganda

(IUIU), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Alumni MyCorps dan Charity Comrades.

Wan Nurul Amierah berkata, projek itu dilaksanak­an dengan seorang rakannya juga pengurus projek berkenaan iaitu Siti Hajar Wan Ibrahim, 27, yang turut bersamanya menyertai program MyCorps.

Katanya, sepanjang berada di Uganda beliau melihat pakaian adalah keperluan paling mendesak penduduk di kawasan berkenaan kerana mendapati ramai kanak-kanak di sana memakai baju yang tidak sempurna dan ada tidak berbaju langsung.

“Saya simpati melihat keadaan mereka yang sepanjang masa tidak memakai baju dan senario itu jauh berbeza di negara ini.

“Rata-rata penduduk tidak mampu membeli pakaian disebabkan kemiskinan dan ditambah pula baju yang dijual di sana agak mahal,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, oleh kerana tidak mempunyai pakaian yang mencukupi menyebabka­n mereka memakai pakaian yang sama selama berharihar­i.

Jelasnya, keadaan menjadi lebih rumit kerana tiada kemudahan mengakses bekalan air bersih seperti di negara Afrika lain yang menghalang mereka mencuci pakaian.

“Penduduk hanya bergantung kepada sumber air yang diperoleh dari paya dan parit untuk kegunaan harian termasuk memasak walaupun keadaan air itu keruh serta tidak bersih.

“Mereka tiada pilihan lain walaupun ramai yang menghidap penyakit disebabkan penggunaan air yang tidak bersih itu,” katanya.

Menurutnya, agak menyentuh hati apabila mengetahui tugas mengangkat air diletakkan di bahu perempuan daripada kanak-kanak hinggalah dewasa.

“Mereka perlu berjalan hingga enam kilometer untuk mengambil air menggunaka­n tong air yang kemudian diletakkan di atas kepala.

“Perjalanan mereka juga bukan mudah kerana perlu mendaki dan menuruni bukit sambil membawa tong air berat berisi air itu,”katanya.

Stigma itu menyebabka­n ramai kanak-kanak terpaksa mengorbank­an masa depan mereka semata-mata untuk memenuhi tugas mengambil air.

Wan Nurul Amierah berkata, penduduk

Uganda ketinggala­n dalam pendidikan apabila tidak berpeluang ke sekolah yang menyebabka­n ramai buta huruf dan itu penyumbang kepada masalah kemiskinan.

Sekembalin­ya ke tanah air, dia memulakan langkah merangka projek terbabit selain turut mendapat khidmat nasihat daripada bekas pensyarah UIAM, Dr Ssekamanya Siraje Abdallah yang juga warganegar­a Uganda.

“Projek ini (#Kontena4Ug­anda) dimulakan pada 3 Julai lalu dan lebih bermakna Dr Ssekamanya turut menyumbang kontena berukuran 12.2 meter (m) x 2.7m untuk mengisi barangan sumbangan dan dihantar ke Uganda.

“Sementara saya bersama Siti Hajar dibantu sukarelawa­n dari seluruh negara mencari penyumbang untuk buku dan pakaian,” katanya.

Katanya, mereka menghebahk­an projek itu menerusi laman sosial dan bersyukur ia mendapat sambutan yang baik daripada rakyat di negara ini di samping menghulurk­an bantuan diperlukan.

“Melalui usaha selama tiga minggu, kami dapat mengumpul 600 kotak buku ilmiah dan 650 kotak pakaian baru serta terpakai.

“Semua barangan ini dihantar ke negara itu pada Ogos lalu menggunaka­n laluan laut bersama kontena berkenaan,” katanya.

Pemegang Ijazah

Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan itu berkata, dia bersama Siti Hajar sekali lagi akan ke Uganda bagi mengagihka­n semua sumbangan berkenaan kepada penduduk pada 8 November ini.

“Buku ini akan ditempatka­n di perpustaka­an baru IUIU yang kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Sumbangan ini dapat melengkapk­an kemudahan di perpustaka­an yang berhadapan masalah kekurangan buku kerana universiti itu tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan.

“Bekalan buku ini akan memudahkan penduduk mendapatka­n pendidikan peringkat tinggi dengan lebih sempurna,” katanya.

Berkongsi lanjut pengalaman­nya berada di Uganda, wanita yang berasal dari Kelantan itu berkata, dia tidak menyangka dapat menjejakka­n kaki ke Afrika kerana benua itu tidak pernah tersenarai dalam lokasi pilihan negara yang ingin dikunjungi­nya.

Jelasnya, di Uganda membuatkan dia Berasakan seolah-olah berada di ‘alam’ lain kerana persekitar­annya terlalu berbeza dengan negara ini.

“Penduduk di sana masih makan ubi kayu yang diproses menjadi tepung untuk membuat bubur atau nasi himpit dipanggil Kasava dan pisang sebagai makanan ruji.

“Mereka sangat jarang dapat makan nasi kerana harga makanan itu mahal,” katanya.

Katanya, dia tidak menafikan pada peringkat awal berasa sedikit gusar untuk pergi ke

Uganda disebabkan stigma masyarakat yang menganggap negara itu miskin, kotor dan rakyatnya ganas.

“Tapi segalanya berubah apabila berada di sana dan mendapati ia adalah sebaliknya. Pendudukny­a ramah, merendah diri dan menghormat­i tetamu.

“Negara ini mempunyai kepelbagai­an budaya unik yang boleh diteroka dan ia menjadi sebahagian pengalaman baru sukar dilupakan sepanjang hidup,” katanya dan menambah bakal melaksanak­an projek pam air di wilayah terbabit.

Saya bersama

Siti Hajar dibantu sukarelawa­n dari seluruh negara mencari penyumbang untuk buku dan pakaian

 ??  ?? AIR parit menjadi sumber air kepada penduduk.
AIR parit menjadi sumber air kepada penduduk.
 ??  ?? PESERTA program MyCorps bersama penduduk.
PESERTA program MyCorps bersama penduduk.
 ??  ?? WAN Nurul Amierah bersama kanak-kanak dalam Program MyCorps di Uganda.
WAN Nurul Amierah bersama kanak-kanak dalam Program MyCorps di Uganda.
 ??  ?? MAKAN nasi dalam talam pada Majlis Aqiqah anjuran MyCorps.
MAKAN nasi dalam talam pada Majlis Aqiqah anjuran MyCorps.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia