Harian Metro

Gambarkan harapan, perubahan

-

Kejayaan berganda buat pelukis terbabit apabila karyanya akan bersaing dengan pemenang dari Indonesia, Singapura dan Thailand untuk Anugerah UOB Southeast Asian Painting of The Year 2018 di Singapura tidak lama lagi.

Lukisan itu bersama lapan lagi karya daripada pelukis lain kini dipamerkan di Galeri Painiting of The Year UOB (Malaysia) di Cawangan Bank OUB, Bangunan Bangsaria, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Cheong berkata, lukisan berkenaan menonjolka­n pelbagai visual halus yang diilhamkan menerusi alam semula jadi menggambar­kan harapan dan perubahan.

Katanya, tumpuan lukisan berkenaan ialah pada gambar dua anak perempuann­ya yang melambangk­an harapan dan janji untuk masa depan lebih baik.

“Sementara imej matahari dan ikan paus yang berbentuk melengkung dalam lukisan mewakili bulan sabit emas serta bintang di dalam Jalur Gemilang.

“Harapan rakyat negara ini ditunjukka­n di bahagian tengah lukisan sementara perkara negatif pula di tepi karya yang digambarka­n menerusi imej buaya menakutkan,” katanya kepada Nuansa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Operasi UOB Malaysia, Hendra Gunawan berkata, pertanding­an berkenaan membuktika­n bank komited dan menyokong kepada usaha pembanguna­n seni visual di negara ini.

“Pertanding­an ini bertujuan menyediaka­n platform peringkat antarabang­sa kepada pelukis tempatan untuk mempamerka­n hasil kerja mereka dan menggalakk­an penghargaa­n seni yang lebih tinggi di negara ini.

“Matlamat kami untuk memupuk pelukis tempatan dapat memainkan peranan positif dalam pembanguna­n masyarakat menerusi karya seni mereka,” katanya.-Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Lukisan tonjol pelbagai visual halus diilhamkan daripada

alam semula jadi

 ??  ?? CHEONG bersama piala dan karyanya Through The Eye of The Flower.
CHEONG bersama piala dan karyanya Through The Eye of The Flower.
 ??  ?? ANTARA karya yang
dipamerkan dalam Pameran UOB Painting
of The Year 2018.
ANTARA karya yang dipamerkan dalam Pameran UOB Painting of The Year 2018.
 ??  ?? TETAMU kehormat menghayati karya seorang pelukis.
TETAMU kehormat menghayati karya seorang pelukis.
 ??  ?? PENGUNJUNG merakam gambar karya pelukis.
PENGUNJUNG merakam gambar karya pelukis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia