Harian Metro

LARIAN KUMPUL DANA RUMAH KEBAJIKAN

-

Larian BHPetrol Orange bukan saja menarik 4,000 peserta tapi juga berjaya mengumpul wang sebanyak RM30,000 untuk membantu golongan memerlukan.

Program kali ke-13 itu anjuran BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Affin Bank itu diadakan untuk menggalakk­an masyarakat menjalani gaya hidup sihat sambil beramal.

Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam berkata, wang itu diagihkan di tiga rumah iaitu†Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia, Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan KanakKanak Trinity Komuniti Selangor.

“Setiap rumah menerima RM10,000 yang boleh digunakan untuk memenuhi kelengkapa­n keperluan penghuniny­a.

“Kita tahu banyak rumah kebajikan memerlukan dana bagi menampung perbelanja­an mereka yang semakin meningkat. Secara tidak langsung dapat meringanka­n beban rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, larian sejauh 11 kilometer dimulakan di The Curve, Mutiara Damansara. Walaupun jaraknya agak jauh tapi peserta tidak mempamerka­n keletihan kerana seronok lari beramai-ramai.

Acara larian dibahagika­n kepada lapan kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Veteran, Terbuka Perempuan dan Veteran, Kanak-Kanak Lelaki dan Kanak-Kanak Perempuan serta Terbuka Antarabang­sa Lelaki dan Perempuan.

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan baucar BHPetrol.

Menurut Tan, program itu yang juga sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat akan terus diadakan kerana ia memberi peluang kepada syarikat untuk mendekati masyarakat dan pelanggann­ya.

 ??  ?? PEMENANG bersama hadiah kemenangan masing-masing.
PEMENANG bersama hadiah kemenangan masing-masing.
 ??  ?? SERAMAI 4,000 peserta menyertai acara Larian BHPetrol Orange.
SERAMAI 4,000 peserta menyertai acara Larian BHPetrol Orange.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia