Harian Metro

KEMPEN DERMA RAMBUT

-

Pengerusi Yayasan serta Pengasas Bersama, Rev Elisha Satvinder di Salun Cut X Dignity, Sentul Raya Boulevard itu memerlukan 300 ‘pena bulu’ untuk membuat 50 rambut palsu kepada penghidap kanser di Malaysia.

“Kanser adalah satu daripada lima penyakit utama di Malaysia dan keguguran rambut satu kebimbanga­n buat pesakit ini kerana ia memberi kesan secara emosi dan psikologi”.

“Penghidap penyakit ini sering berasa di pandang negatif. Demi membina semula keyakinan dan harga diri mereka, kami anjurkan kempen ini,” kata Satvinder dalam satu kenyataan.

Sasaran 300 ‘pena bulu’ itu akan dikumpul dan diserahkan kepada Salun Foong Ying Wig untuk penghasila­n 50 rambut palsu, kemudian ia akan diedarkan kepada pesakit yang memerlukan­nya melalui organisasi bekerjasam­a dengan DCF.

Kempen yang dilancarka­n sebagai tanda pulangan semula kepada komuniti ini turut membabitka­n kerjasama pendandan rambut profesiona­l dari Jepun, Hiroaki Ishibashi untuk menyumbang kepakaran kepada penderma rambut.

Walaupun kempen ini menggunaka­n rambut sebagai inisiatif menderma, namun orang ramai yang mahu menyokong bukan saja dapat menderma dalam bentuk berkenaan malah sumbangan wang tunai juga diterima kerana kos penghasila­n satu rambut palsu bernilai RM 300, di mana jumlah keseluruha­nnya ialah RM 15,000.

Bukan itu saja, penderma juga boleh menderma potongan rambut sekurangku­rangnya enam inci kepada DCF atau dapatkan potongan harga bagi perkhidmat­an mendandan rambut di salun Cut X Dignity demi menyokong kempen berkenaan yang dijangka berakhir hari ini.

 ??  ?? SATVINDER (kiri) hadir merasmikan kempen.
SATVINDER (kiri) hadir merasmikan kempen.
 ??  ?? RAMBUT yang diderma dikumpul untuk menghasilk­an rambut palsu.
RAMBUT yang diderma dikumpul untuk menghasilk­an rambut palsu.
 ??  ?? PELANGGAN yang mendermaka­n potongan rambut di Salun Cut X Dignity.
PELANGGAN yang mendermaka­n potongan rambut di Salun Cut X Dignity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia