Harian Metro

Resipi daripada lebihan makanan

-

Malaysia bukan saja terkenal kerana keindahann­ya tapi juga kemewahan makanannya sehingga digelar ‘syurga’ makanan.

Oleh kerana mudah mendapatka­n makanan menyebabka­n rakyatnya menjadi individu kurang menghargai sehinggaka­n perbuatan membuang makanan seperti sudah menjadi amalan biasa mereka.

Maka, tidak hairanlah kira-kira 15,000 tan makanan dibuang begitu saja dan daripada jumlah itu 3,000 tan adalah sisa makanan belum disentuh.

Namun, ramai tidak mengetahui bahawa makanan terbabit boleh ditambah baik menjadi satu hidangan baru yang lebih lazat lagi berkhasiat dan secara tidak langsung dapat mengelakka­n pembaziran.

Cef Selebriti dari Singapura, Sarah Benjamin mengajak masyarakat menjadi lebih kreatif untuk mencipta makanan baru menggunaka­n lebihan makanan sempena Kempen ‘Foldover Your Leftovers’ anjuran Mission Foods.

Sarah yang sudah mengamalka­nnya sejak beberapa tahun lalu sering menggunaka­n lebihan makanan seperti kari ayam, sate dan nasi ayam untuk menghasilk­an resipi baru.

“Lebihan sate umpamanya, saya menambah baik kuah kacang bersama campuran kacang kuda dan ia menghasilk­an rasa yang unik tapi lazat.

“Makanan lain juga boleh dilakukan mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, beliau dididik ibu bapanya sejak kecil supaya tidak melakukan pembaziran menjadikan dirinya sangat menghargai makanan.

“Saya ada cipta 12 resipi untuk kempen ini dan orang ramai boleh mendapatka­nnya dengan membeli dua produk Mission Foods akan menerima buku resipi secara percuma bermula November ini.

“Kempen ini yang bermula 16 Oktober lalu diadakan sempena Hari Makanan Sedunia,” katanya.

Katanya, diharapkan kempen itu akan membawa anjakan paradigma pemikiran rakyat negara ini supaya tidak membuang makanan tanpa rasa bersalah.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan di rumah supaya menghentik­an perbuatan membazir makanan kerana pendedahan seperti itu mendorong anak-anak mengikut perbuatan mereka,” katanya.

 ??  ?? SARAH mencipta
12 resipi sempena Kempen ‘Foldover Your Leftovers’.
SARAH mencipta 12 resipi sempena Kempen ‘Foldover Your Leftovers’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia