Harian Metro

Fesyen untuk wanita gempal

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Siapa kata wanita bertubuh besar atau montel tidak mampu bergaya? Jika kena dengan pemilihan pakaian dan keyakinan diri golongan ini pasti menunjukka­n penampilan menawan sama seperti wanita lain.

Malah masyarakat juga sudah semakin menerima bentuk tubuh berisi dan hakikat kecantikan dalaman lebih penting berbanding imej luaran. Ini diakui model selebriti bertubuh besar Ashley Graham, yang mengatakan setiap orang perlu mencintai diri sendiri kerana di situlah letaknya rasa syukur atas apa yang mereka nikmati.

Bagi memberi kesedaran mengenai kepentinga­n menghargai diri sendiri Jazz & Co baru-baru ini mengadakan pertunjuka­n fesyen eksklusif yang menampilka­n koleksi pakaian wanita berukuran besar untuk tiga segmen berbeza iaitu kasual, pakaian pejabat dan makan malam.

Diacarakan penyampai radio selebriti dan naib juara Malaysian Idol 2004, Dina Nadzir pertunjuka­n fesyen ini adalah inisiatif Jazz & Co untuk menonjolka­n trend fesyen dalam industri saiz besar sekali gus memperkasa­kan mesej kecintaan dan penerimaan diri. Busana ini direka dengan penuh gaya bagi memenuhi keperluan lelaki dan wanita. Namanya dikenali sebaik saja menjulang Juara MasterChef Malaysia musim pertama pada

2012. Dr Ezani Farhana Md Monoto, atau mesra disapa Dr Ezani sering dijadikan rujukan dan inspirasi ketika itu disebabkan bakat memasak dan juga pendidikan yang dimilikiny­a.

Kini walaupun lebih enam tahun berlalu dan bergelar Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), dia masih dikenali sebagai cef.

“Walaupun program ini sudah lama, ada pesakit masih mengenali saya.

Ada yang mendekati dan mengambil gambar tetapi ada juga yang malu bertegur sapa,” katanya yang ditemui di UPM barubaru ini.

Masih meneruskan minat dalam bidang kulinari walaupun dihambat kesibukan sebagai doktor gigi, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini tidak pernah meninggalk­an kerjaya kedua sebagai tukang masak yang menjadi kecintaann­ya sejak kecil. Sebab itu dia sangat bersyukur kerana rezekinya dalam dunia masakan tidak pernah putus.

“Saya sering diminta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukka­n demonstras­i memasak makanan sihat di beberapa hospital kerajaan, dipanggil untuk program masakan di televisyen dan majlis pelancaran produk,” katanya.

Disebabkan rasa rindu yang mendalam dan tidak mahu bakat yang ada berkubur begitu saja dia dan keluarga sebelah suami turut membuka restoran di Temiang, Negeri Sembilan berkonsepk­an masakan kampung.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia