Harian Metro

Jalani proses kelulusan ketat

-

Pada segmen pertama memperkena­lkan 24 helaian kasual digayakan model profesiona­l ini diikuti himpunan keduadua pakaian ke pejabat dan busana malam yang tampil dengan rekaan unik, sempurna sehingga mencuri tumpuan tetamu.

Menariknya setiap busana dihasilkan menggunaka­n fabrik berkualiti Eropah antaranya kapas, sifon, satin dan krep yang diperincik­an renda, butang sama ada di atas fabrik polos atau bercorak.

Menurut Pengarahny­a Jasdeep Katari, pelanggan utama jenama ini terdiri daripada golongan muda yang ingin kelihatan unggul seperti orang lain. Oleh sebab itu, koleksi busana kasual dan pejabat adalah di antara yang terlaris di pasaran.

Selain pilihan yang pelbagai, pembeli juga tidak perlu risau untuk mencari ukuran sesuai tubuh mereka. Jenama ini mengikuti panduan carta saiz yang tepat untuk setiap keluaran bagi memastikan ukurannya seragam.

“Oleh itu, meskipun tanpa dicuba secara fizikal, pembeli dalam talian tidak perlu risau kerana setiap pesanan akan muat dengan sempurna apabila ia tiba ke tangan mereka. Walaupun kejadian pemulangan jarang berlaku, laman dalam talian kami tetap menawarkan dasar pertukaran item yang fleksibel,” katanya.

Bagi memastikan kualiti

2. Fabrik terbaik seperti kapas dan kapas kanvas kerana menampakka­n anda lebih langsing.

3. Elakkan memilih pakaian terlalu longgar kerana akan menampakka­n anda lebih besar sebaliknya pilih pakaian mengikut saiz badan sendiri.

4. Bagi wanita tidak bertudung pilih jenis kolar berbentuk V agar menampakka­n leher lebih jinjang.

5. Pilih jenis skirt berpotonga­n A kerana ia dapat menyembuny­ikan bahagian paha menampakka­n kerampinga­n pada bahagian pinggang.

6. Untuk seluar pula elakkan jenis terlalu ketat sebaiknya pilih jenis kaki besar.-Siti Zarinah Sahib

Ikut panduan carta saiz tepat setiap keluaran bagi pastikan ukuran seragam

 ??  ?? TAMPIL anggun blaus bercorak dipadankan seluar. UNTUK ke pejabat perlu ringkas. Pastinya dengan blaus dan slack hitam agar tidak ketara kemontelan­nya. KARDIGAN pelengkap gaya sesuai keluar bersama rakan.
TAMPIL anggun blaus bercorak dipadankan seluar. UNTUK ke pejabat perlu ringkas. Pastinya dengan blaus dan slack hitam agar tidak ketara kemontelan­nya. KARDIGAN pelengkap gaya sesuai keluar bersama rakan.
 ??  ?? BLAUS dipadankan skirt untuk menghadiri
makan malam.
BLAUS dipadankan skirt untuk menghadiri makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia