Harian Metro

Produk kecantikan eksklusif

Beri keyakinan kepada pembeli dapatkan barangan asli dari Korea Selatan

- Noriza Sainal am@hmetro.com.my

Pengaruh trend dari

Korea Selatan pada masa ini semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia, sama ada dari segi muzik, kesenian, fesyen dan penampilan atau kecantikan mereka.

Cakna dengan trend terbaru itu, sebuah e-kedai baru yang menjual produk kecantikan Korea yang eksklusif dilancarka­n baru-baru ini Pusat Beli Belah Bangsar (BSC), Kuala Lumpur, hasil kerjasama Kino Biotech Malaysia bersama agensi kerajaan Korea Selatan untuk promosi perdaganga­n dan pelaburan, KONTRA.

E-kedai berkenaan, K Glam bakal memberi kemudahan dan keyakinan kepada pembeli kerana ia hanya menjual produk kecantikan yang terdiri daripada produk kosmetik dan penjagaan kulit yang asli dari Korea.

Walaupun 20 jenama kecantikan dari Korea Selatan dijual di kedai dalam talian itu seperti Cosmetea, Rivecowe, Simplistic, Fascy, RenardBlan­c dan Homelec yang kebanyakan­nya baru di pasaran Malaysia, Kino Biotech memilih memperkena­lkannya kerana terdapat banyak produk keluaran bumi K-Pop berkonsep baru yang belum diterokai pasaran tempatan.

Pengarah Eksekutif Kino Biotech Malaysia Marcus Chong berkata, sebagai syarikat yang berada lebih 20 tahun di pasaran Malaysia, produk berkualiti dan berinovati­f baru seperti ini perlu dibawa ke pasaran untuk pengguna tempatan.

“Pengguna dan penggemar barangan dari Korea Selatan kini tidak perlu bimbang dengan wujudnya e-kedai yang menjual rangkaian kecantikan yang boleh didapati melalui platform jualan dalam talian seperti 11Street, Lazada, Qoo10, Shopee dan Superdeals. com.my serta laman web rasmi Kinohimits­u dengan harga promosi yang menarik bermula 22 Oktober hingga 30 November bersempena kempen promosi K Glam.

“Pelbagai tawaran menarik boleh didapati dari saluran jualan dalam talian hingga ke luar talian, apabila beberapa jenama Korea ini akan dijual melalui saluran membeli-belah di televisyen,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran K Glam.

Hadir sama dalam majlis pelancaran itu Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia Jennifer Chin, Penolong Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Winnie Pok, dua Pengarah KOTRA Kuala Lumpur Steve Yeon serta Jusang Lee.

Pada majlis sama, sesi bengkel ‘Try and Tested’ produk kecantikan dari jenama Cosmetea, iaitu Hydrating Tea Ampoule, Tone Up White Sun Cream dan Milk Tea EE Cream turut dijalankan kepada tiga tetamu terpilih yang hadir selain bengkel mekap lima minit menggunaka­n jenama sama.

 ??  ?? CHONG (tiga dari kiri) selepas majlis pelancaran di BSC, Kuala Lumpur.
CHONG (tiga dari kiri) selepas majlis pelancaran di BSC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia