Harian Metro

FESTIVAL BUAT PENCINTA KOPI

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@ hmetro.com.my

Bengkel percuma untuk pelajari teknik pembuatan sebenar kopi

Tidak sempurna hari pencinta kopi tanpa menikmati minuman berkenaan setiap hari malah menghidu aromanya saja sudah cukup untuk menambat selera.

Jadi, tidak hairanlah jika ada yang ketagih dengannya malah menjadikan­nya sebagai minuman pilihan untuk dinikmati terutama pada waktu pagi dan cuaca dingin.

Namun, tidak ramai tahu rahsia di sebalik keenakan kopi dan menyedari pentingnya informasi itu, Nestle bekerjasam­a dengan akademi kopi dan barista, Barista Guild Asia (BGA) dan Resort World Genting menganjurk­an Festival Kopi Genting.

Acara julung kali itu dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil bahagian sepanjang tiga hari festival bermula 19 Oktober lalu di SkyAvenue Mall, Genting Highland.

Pada majlis pelancaran­nya, Pengarah dan Pengasas BGA, Daniel Liew dan Duta Jenama Cafes Richard, Luc Jiguet diundang bagi mengendali­kan sesi demonstras­i selain berkongsi informasi dan teknik pembuatan kopi kepada pengamal media yang hadir.

Naib Presiden Kesetiaan dan Pengambila­lihan Resort World Genting Clarence Tan berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan malah gembira kerana menghimpun­kan pencinta kopi di bawah satu bumbung.

Katanya, bagi mencapai objektif itu, pihaknya mengadakan bengkel percuma selain demonstras­i di bawah kendalian pakar bagi membolehka­n pengunjung mempelajar­i teknik pembuatan kopi yang sebenar.

“Festival ini membolehka­n pengunjung mempelajar­i pelbagai teknik pembuatan dan seni kopi melalui beberapa sesi bengkel percuma iaitu Sensory Cupping, Seni Latte dan Seni Latte Babycino untuk kanak-kanak.

“Secara tidak langsung, mereka dapat melihat proses pembuatan dengan lebih dekat selain pengetahua­n dan diharap ia memberi pengalaman berharga buat pengunjung yang hadir,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Penjenamaa­n Kanan Nestle Products Sdn Bhd Ehsan Isa berkata, festival berkenaan adalah platform untuk Nescafe menyokong industri pembuatan kopi di negara ini.

Katanya, acara itu juga diharap memberi galakan dan kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai kopi dan seni pembuatann­ya.

“Penganjura­n acara ini adalah peluang kami mendekatka­n lagi pengunjung dengan kopi menerusi bengkel dan sesi demonstras­i yang diadakan.

“Di samping itu, penganjura­n festival ini juga bukti sokongan kami terhadap industri pembuatan kopi yang semakin berkembang dan berpotensi untuk pergi lebih jauh,” katanya.

 ??  ?? EHSAN (berdiri dua dari kiri) Liew (berdiri dua dari kanan) bersama barista yang menjayakan Festival Kopi Genting.
EHSAN (berdiri dua dari kiri) Liew (berdiri dua dari kanan) bersama barista yang menjayakan Festival Kopi Genting.
 ??  ?? LUC menunjukka­n demonstras­i pembuatan kopi kepada pengamal media.
LUC menunjukka­n demonstras­i pembuatan kopi kepada pengamal media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia