Harian Metro

KERUSI URUT ‘Teknologi Urutan 4 Tangan’

-

Kesihatan dan kecantikan adalah dua perkara yang berkait rapat. Ramai bersetuju badan yang sihat dapat membantu menyerlahk­an kecantikan secara semula jadi.

Memahami kekangan masa menjadi antara masalah utama kepada ramai wanita untuk mendapatka­n waktu rehat yang cukup, OSIM tampil dengan kerusi urut terbarunya, uLove 2 yang mempunyai ciri revolusi ‘Teknologi Urutan 4 Tangan’.

Pencipta kerusi urut uLove 2, Sato Tsuyoshi berkata, inovasi kali ini adalah yang terbaik apabila ia menyediaka­n empat set roda urutan berkuasa tinggi yang direka khas bagi memberi fungsi seperti mengurut dari atas dan bawah badan secara serentak.

“Kaedah ini sebenarnya seperti teknik cengkaman urutan empat tangan yang dilakukan tukang urut profesiona­l di kebanyakan negara di Asia Tenggara.

“Teknik ini dilengkapi urutan V-Hand yang sempurna bagi melancarka­n dan memberi lebih fleksibili­ti urutan dan ia berfungsi dengan sempurna seperti cengkaman tangan manusia yang memberi lebih rasa mendalam terhadap titik otot penting,” katanya.

Menurutnya, pengalaman bertahun dalam rawatan urutan memberikan idea dan pandangan jauh mengenai keperluan pengguna dan pengetahua­n untuk mereka bentuk teknologi urutan gaya hidup yang berkesan.

Dalam pada itu, pelakon Hong Kong popular, Andy Lau yang sebelum ini pernah menjadi jurucakap pertama kerusi urut

UDivine OSIM yang kini dipilih menjadi duta uLove2 berkata, tiada yang lebih baik untuk menggambar­kan kualiti dan inovasi daripada revolusi kerusi urut ini.

“Saya berterima kasih kepada OSIM kerana memberi saya peluang untuk mewakili inovasi menarik dalam terapi urutan moden ini.

“Saya tidak pernah berasa segar dan lebih tenang seperti ini terutama selepas melakukan urutan dengan uLove 2 dan revolusi teknologi urutan empat tangan ini,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia