Harian Metro

MISI SEKAT PAKISTAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Van Huizen mahu Malaysian Tigers waspada gergasi Asia di pentas Piala Dunia Bhubaneswa­r

Pengurus skuad hoki negara, Stephen Van Huizen mengakui Malaysian Tigers perlu berwaspada apabila bertemu Pakistan, kali ini pada pentas Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India bermula 28 November ini.

Skuad gergasi Asia itu dilihat sudah kembali kepada prestasi sebenar di saingan Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman, yang berakhir Ahad lalu.

Pakistan diletakkan dalam Kumpulan D di Bhubaneswa­r bersama-sama skuad negara selain dua gergasi Eropah, Belanda dan Jerman.

Mereka baru saja mengecapi kejayaan muncul juara bersama India di Muscat selepas menewaskan skuad negara pada pusingan awal serta di separuh akhir dalam laluan untuk ke final.

Skuad negara di bawah bimbingan Roelant Oltmans pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

“Sesuatu perlu dilakukan kerana Pakistan berada dalam satu kumpulan dengan skuad negara di Piala Dunia.

“Ini kerana misi utama kami adalah memenangi perlawanan apabila bertemu mereka di Piala Dunia.

“Pertemuan dengan Pakistan sentiasa sukar. Pemain utama mereka sering berada dalam pasukan.

“Kami perlu menamatkan saingan di kedudukan ketiga peringkat kumpulan di Piala Dunia untuk meneruskan saingan.

“Sebab itu kemenangan ke atas Pakistan amat penting selain kami juga perlu meraih mata apabila bertemu Belanda dan Jerman,” kata Stephen ketika ditemui sejurus tiba dari Oman semalam.

Stephen bagaimanap­un yakin dengan kehadiran semula pemain utama seperti penjaga gol, S Kumar; pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abdul Rahim serta Fitri Saari, skuad negara pasti mampu memberi saingan lebih seimbang kepada Pakistan di Piala Dunia.

Kumar serta Razie sebelum ini berdepan kecederaan manakala Fitri meminta pelepasan untuk menghadiri majlis konvokesye­n.

“Kami juga perlu memberi tumpuan kepada Belanda dan Jerman sebab sudah lama tidak beraksi dengan pasukan Eropah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? VAN Huizen (kanan) kini pengurus skuad hoki negara.
VAN Huizen (kanan) kini pengurus skuad hoki negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia