Harian Metro

Takraw ‘rindu’ Program Sukan Teras

-

Bangi: Selepas membuktika­n kecemerlan­gan dan menepati sasaran Kementeria­n Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) berharap kedua-dua KBS dan MSN mengembali­kan sukan tradisi itu ke dalam Program Sukan Teras.

Perkara itu dilihat perlu selepas skuad sepak takraw negara meraih satu pingat emas di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dan dua emas di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

Justeru, menurut Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh, tidak salah jika MSN dan KBS menyenarai­kan kembali sepak takraw ke dalam Program Sukan Teras sebagai menghargai kerja keras PSM menaikkan semula imej sukan berkenaan.

Katanya, walaupun tiada perbincang­an lanjut dengan KBS dan MSN mengenai usaha menyenarai­kan semula sepak takraw ke dalam Program Sukan Teras, PSM berharap ia dapat direalisas­ikan tidak lama lagi.

“Sehingga sekarang perkara berkenaan belum dibincangk­an kerana PSM ingin memberi sepenuh tumpuan kepada Kejohanan Liga Sepak Takraw Kebangsaan (STL) yang sedang berlangsun­g.

“Kami kita tetap menaruh harapan supaya sepak takraw dapat dimasuk semula di bawah Program Sukan Teras pada masa depan.

“Bagaimanap­un, terserah pada MSN dan KBS untuk menimbang semula perkara itu kerana ia bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan,” katanya.

Abidullah berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin sepak takraw dimasukkan semula di bawah Program Sukan Teras selepas meraih emas acara antara regu di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, Ogos lalu.

Sebelum ini, sepak takraw antara tiga sukan selain angkat berat dan taekwondo yang digugurkan daripada Program Sukan Teras dan tidak dipertandi­ngkan di SUKMA 2018.

Antara alasan penggugura­n sepak takraw kerana tidak menunjukka­n peningkata­n prestasi.

Dalam pada itu, Abidullah lega kerana Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) mengekalka­n hukuman penggantun­gan empat bulan terhadap pemain dan jurulatih sepak takraw Malaysia kerana enggan meneruskan aksi final acara berpasukan regu Piala Raja Thai di Bangkok, dua tahun lalu.

 ??  ?? SKUAD sepak takraw negara raih emas di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.
SKUAD sepak takraw negara raih emas di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia