Harian Metro

Adam enggan fikir sakit

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„ Pelumba Moto3 negara sasar podium di laman sendiri

Biarpun prestasi Adam Norrodin dilihat ada naik dan turunnya sejak beberapa musim ini, semangat juang pelumba Moto3 negara itu amat tinggi menjelang GP Malaysia yang bermula Jumaat ini.

Pada awal penyertaan dalam kancah Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina 2016, Adam menunjukka­n semangat mendalam dengan menolak jentera ke garisan penamat selepas terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan - penampilan keduanya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dan sehingga kini menjadi memori yang sukar dilupakan peminat sukan permotoran negara.

Peminat kini sekali lagi boleh menjangkak­an pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu menjelmaka­n aksi yang lebih baik di GP Malaysia.

Pelumba berusia 20 tahun itu dijadual beraksi minggu ini biarpun mengalami masalah kecederaan di bahagian anterior cruciate ligament (ACL).

“Saya mengalami beberapa kecederaan yang agak serius ketika ini. Dua tulang saya di bahagian bahu patah di GP Jepun (bulan lalu),” kata Adam.

“Kedua-dua bahu dan lutut saya perlu dibedah tetapi saya memutuskan untuk tidak melakukann­ya sehingga pusingan di Valencia (pusingan penamat musim) kerana ia memerlukan masa untuk kembali pulih.

“Buat masa ini, saya masih boleh berlumba, ia sakit sedikit tetapi ubat penahan sakit dapat membantu.”

Walaupun cedera, Adam tetap mahu melakukan yang terbaik buat negara dan cuba meraih penamat di podium pada musim terakhirny­a bersama pasukan.

Pelumba kelahiran Johor itu ketika ini berada di tangga ke-20 keseluruha­n dalam carta Moto3 dengan 46 mata dan menamatkan pusingan di Australia minggu lalu di tempat ketujuh.

“Saya dapat merasakan jangkaan daripada semua peminat yang akan ke GP Malaysia, termasuk diri saya kerana saya beraksi dengan baik di sini tahun lalu. Sasaran saya adalah menamatkan saingan di podium.

“Saya lebih yakin berbanding tahun lalu. Kami berjaya mengatasi beberapa masalah dengan motosikal dan kami ada melakukan penukaran enjin baharu.”

Adam dalam pada itu memuji PETRONAS atas pembabitan mereka dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dan percaya sokongan diberikan itu dapat membantu melahirkan lebih ramai pelumba berkelas dunia.

“Saya rasa PETRONAS sangat serius mengenai kejuaraan dunia. Tahun depan mereka membesarka­n lagi keluarga mereka dengan penyertaan dalam kelas MotoGP.

“Saya rasa bangga PETRONAS membuat keputusan menyokong kami dan saya percaya usaha mereka dapat membangunk­an lebih ramai pelumba Malaysia untuk beraksi di kejuaraan dunia pada masa depan.” Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki berharap dapat meneruskan rentak cemerlangn­ya dengan meraih penamat di podium pada Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadual bermula Jumaat ini.

Sasaki berada dalam kelompok lima terbaik dalam sesi kelayakan pada empat pusingan musim ini tetapi sukar menjelmaka­n kecemerlan­gan ketika perlumbaan.

Ini termasuk ketika perlumbaan di Phillip Island, Australia minggu lalu yang menyaksika­n dirinya berada di grid ketiga tetapi menamatkan saingan di tempat ke-10.

Penamat terbaiknya dalam perlumbaan setakat ini adalah di tempat ketujuh iaitu di GP Austria, Ogos lalu.

Pelumba dari Jepun itu mengakui nasib tidak menyebelah­inya setakat ini tetapi yakin dengan kemampuan di laman sendiri pasukan di Litar Antarabang­sa Sepang.

“Tahun yang sukar, saya menjangkak­an sesuatu yang lebih daripada diri saya. Saya mengalami beberapa nasib malang, saya terjatuh dan cedera di Misano dan juga melakukan beberapa kesilapan,” kata Sasaki.

“Di Australia, saya bersaing untuk podium tetapi saya melakukan kesilapan

(gambar)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia