Harian Metro

Hafizh teruja aksi sulung di GP Malaysia

-

Lumpur:

Syahrin Abdullah nyata tidak sabar untuk beraksi pada penampilan pertamanya dalam saingan MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia bermula Jumaat ini.

Pelumba

Monster Yamaha Tech3 itu menikmati minggu positif di Australia minggu lalu sebelum terjatuh ketika perlumbaan sebenar ketika berada di kedudukan

Hafizh

(gambar)

kelapan.

Dia beraksi dengan baik apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-10 di Motegi hujung bulan lalu.

Hafizh yang melakar sejarah muncul pelumba pertama beraksi di kelas tertinggi itu, bersemanga­t untuk mempamer aksi terbaik di Sepang, sekali gus meneruskan persaingan untuk memburu gelaran pelumba baru terbaik bersama pelumba Itali, Franco Morbidelli. “Saya tidak sabar untuk beraksi di Sepang selepas beraksi baik di Phillip Island. Meskipun pada akhirnya keputusan tidak memihak kepada saya, dua pertiga daripada perlumbaan itu sangat menarik,” katanya.

“Saya belajar daripada barisan pelumba utama di depan. Saya juga dapat mengikuti mereka dari jarak dekat.

“Malangnya jentera saya hilang kawalan di selekoh keempat dan tidak laju dalam laluan lurus.

“Beraksi di Sepang memberi lebih motivasi kepada saya. Kami akan bekerja keras dan yakin pada diri sendiri.

“Sudah tentu saya mahu mempamer aksi terbaik di sini,” katanya.

Kegagalan Hafizh mengutip mata di Phillip Island menyaksika­n Morbidelli melebarkan jarak mata untuk perebutan gelaran pelumba baru terbaik dengan mengumpul 46 mata.

Di atas kertas, Hafizh yang setakat ini meraih 34 mata, masih mempunyai harapan merampas gelaran itu untuk baki dua pusingan di Sepang dan Valencia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia