Harian Metro

‘Vichai istimewa’

-

Milan: Claudio Ranieri mendedahka­n betapa beliau ‘begitu sedih’ dengan berita kematian pemilik Leicester City, Vichai Srivaddhan­aprabha.

Ranieri, 66, dilantik untuk mengemudi The Foxes pada 2015 dan mencipta sejarah menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun berikutnya.

Jutawan Vichai, 60, terbunuh bersama empat lagi individu apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di tempat letak kereta bersebelah­an Stadium King Power, selepas pasukannya terikat 1-1 dengan West Ham, Sabtu lalu.

“Saya menggigil dan begitu sedih dengan berita itu,” kata Ranieri kepada Sky Sport Italia dalam reaksi sulungnya sejak nahas itu berlaku.

“Beliau adalah lelaki yang hebat dan sentiasa memberi kata positif kepada semua orang. Sikap positif dan kemampuann­ya membuat kita boleh melihat betapa orang lain cukup menyayangi­nya.

“Beliau sering kali memasuki bilik persalinan untuk berkongsi kata positif tanpa menyakitka­n hati sesiapa.

“Pernah sekali selepas sambutan hari lahir saya, beliau tiba di bilik persalinan bersama kek dan membuatkan semua orang menyanyika­n lagu ‘hari jadi’.

“Beliau adalah lelaki yang istimewa dan apa yang dilakukann­ya sentiasa menyentuh hati semua.”

Ranieri berkata, kini semuanya terserah kepada anak Vichai ‘yang begitu meminati bola sepak’ untuk mengikut jejak langkah bapanya.

Malah, beliau cuba mengimbau semula pertemuan kali pertamanya dengan Vichai.

“Sebaik bertemu dengannya saya dapat melihat beliau sebagai seorang yang positif dan amat bertenaga. Objektif pertama saya di Leicester adalah untuk memastikan tidak terhumban ke zon penyingkir­an, dan kemudianny­a kita tahu apa yang terjadi.

“Vichai Srivaddhan­aprabha memberi sumbangan besar dalam kejayaan Leicester menjulang gelaran EPL. Beliau akan tiba 30 minit sebelum perlawanan dan memberi kata-kata semangat kepada kami,” katanya. - AFP

 ??  ?? VICHAI
RANIERI
VICHAI RANIERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia