Harian Metro

‘Rooney Ganu’ mohon maaf

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Saya mohon maaf kepada peminat kerana gagal membawa pulang Piala Malaysia dan tidak dapat membantu pasukan hingga tamat permainan kerana kad merah,” kata arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck.

Itu reaksi pertama pemain import TFC ini selepas perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu yang menyaksika­n Perak menang 4-1 menerusi sepakan penentuan penalti, selepas terikat 3-3.

Sebelum perlawanan, pemain berdarah kacukan itu adalah nadi kekuatan skuad Penyu kerana keupayaann­ya sebagai perancang dan juga peledak.

Namun dalam aksi Sabtu lalu yang penuh dengan drama, pemain yang digelar ‘Rooney Ganu’ itu diperintah keluar padang oleh pengadil kontrovers­i,

Suresh Jayaraman pada minit ke-66.

Tuck menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain Perak sekaligus menyebabka­n jentera tengah skuad Penyu tempang untuk meneruskan baki saingan.

Mengimbau detik itu, pemain kelahiran England ini bagaikan tidak percaya dengan keputusan pengadil melayangka­n kad merah kepadanya, namun terpaksa akur kerana keputusan berkenaan tidak boleh diubah.

“Sukar untuk nyatakan sama ada saya berpuas hati atau tidak pada perlawanan akhir itu lebih-lebih lagi kami tidak menang selepas mendahului perlawanan pada babak pertama.

“Perlawanan itu dah jadi macam sarkas, dengan aksi pergaduhan dan terjahan liar daripada kedua-dua pasukan. Saya bagai tidak percaya pengadil gagal mengawal permainan dengan baik perlawanan itu.

“Malah banyak keputusan dibuat tidak tepat kepada kedua-dua pasukan, ia di luar jangka dan sukar dijangka sama sekali.

“Tetapi itulah bola sepak, saya terima kekalahan ini dan tahniah kepada Perak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia