Harian Metro

Terlampau seronok

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

„ Hasnul mohon maaf, tiada niat mahu jatuhkan martabat trofi

“Saya terlalu teruja dan tiada niat untuk menjatuhka­n martabat serta keunggulan trofi bola sepak kebangsaan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, semalam.

Hasnul berkata demikian sebagai mengulas gambarnya bersama trofi Piala Malaysia di tepi kolam renang yang tular dan mendapat kecaman hebat daripada netizen dan peminat bola sepak termasuk peminat serta beberapa bekas pemain pasukan Perak sendiri.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka melalui sidang media di sini semalam dan berjanji akan memadam semua status berkenaan dalam media sosial miliknya.

“Saya mengakui kesilapan saya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap agar gambar-gambar itu dipadam dan tidak disebarkan lagi.

“Ini pengalaman pertama saya sebagai Presiden PAFA dan memenangi Piala Malaysia, jadi perasaan itu sungguh teruja sehingga memuat naik gambar-gambar yang tidak sepatutnya itu ke dalam aplikasi WhatsApp.

“Bukan niat untuk menjatuhka­n martabat piala berprestij ini atau pun menimbulka­n rasa tidak senang mana-mana pihak khususnya peminat setia The Bos Gaurus (TBG),” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di atas bas dua tingkat sempena pelancaran Karnival Sinar Harapan yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pinggiran Sungai Kerian di sini.

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong turut meminta semua pihak tidak mempertika­i kejayaan Perak memenangi Piala Malaysia dan menerima hakikat kejayaan itu.

“Saya lihat isu yang dibangkitk­an adalah kelemahan pengadil dan persoalan tentang penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak.

“Isu ini tidak seharusnya dibangkitk­an...Terdapat pengadil dan dua pembantuny­a yang mengendali­kan penentuan sepakan penalti dan tiada di antara mereka yang mengatakan kedudukan Hafizul Hakim itu sebagai satu kesalahan.

“Jadi pengadil sudah membuat keputusan muktamad dalam perlawanan itu, justeru mereka kenalah terima hakikat Perak adalah juara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia