Harian Metro

SMK Bukit Indah ungguli B-14 Liga 100PLUS

-

Gambang: Aksi final Liga 100PLUS-Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 tahun menyaksika­n SMK Bukit Indah – yang juga merupakan Akademi Johor Darul Ta’zim FC muncul juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Bawah 13 tahun di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Beraksi di gelanggang lawan, skuad kendalian Javier Sorda Rivera mendominas­i awal permainan dan mencipta beberapa peluang untuk membuka jaringan namun gagal disudahkan.

Ketika aksi menuju ke masa tambahan, pemain gantian, Muhd Wafiq Mohd Saiby memecah kebuntuan apabila melepaskan rembatan dari luar kotak penalti di minit ke-67 sekali gus memastikan kejuaraan milik SMK Bukit Indah.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang terbaik pada separuh masa pertama. Tapi kami gagal menjaringk­an gol,” kata Rivera.

“Bagi saya NFDP (SSMP B13) beraksi cemerlang pada 15 minit pertama separuh masa kedua dan mampu mengubah hala tuju permainan tapi kami dapat bertahan sehingga Wafiq menjaringk­an gol kemenangan.”

Untuk rekod, SMK Bukit Indah menamatkan saingan Liga KPM 2018 di tangga ketiga.

Sementara itu, SMK Presint 14 (1) – Akademi FELDA - mengesahka­n status selaku juara Liga Piala Remaja KPM-FAM bawah 17 tahun selepas turut melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Za’ba.

Muhd Zaidi Abdul Hamid muncul wira SMK Presint 14 (1) apabila menjaringk­an gol masa kecederaan susulan sepakan percuma rakan sepasukan.

Kemenangan ini menyaksika­n skuad kendalian Mazwan Abd Mansor meraih kejuaraan berganda selepas muncul juara Liga Perdana musim ini.

“Kali ini, Akademi

FELDA benar-benar menunjukka­n kemampuan mereka dan ia kejayaan besar kerana -pemain adalah daripada anak peneroka,” kata pengurus pasukan, Nik Hasrul Mohd Zainuddin.

“Mereka menunjukka­n komitmen tinggi sejak awal musim sehingga final. Malah kejayaan memenangi Liga Perdana dan akan beraksi di Liga Super musim depan menjadi titik semangat untuk pemain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia