Harian Metro

Datuk lapan cucu belajar membaca

-

Kota Kinabalu: Usianya mencecah 71 tahun namun ia bukan halangan buat Abdul Kali untuk belajar membaca dan mengira dengan mengikuti Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP).

Datuk kepada lapan cucu itu mengikuti

KEDAP tiga kali seminggu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Libaran, Sandakan dan mengakui mulanya sukar memahami apa yang diajar, namun lama-kelamaan dapat menerimany­a dengan baik.

Abdul berkata, sebelum ini dia langsung tidak tahu membaca, menulis dan mengira berikutan kesempitan hidup keluarga namun kelas KEDAP yang dihadiriny­a dapat membantu mengetahui pendidikan asas itu.

“Walaupun hanya belajar perkara asas, sekurang-kurangnya boleh menggunaka­n ilmu ini untuk kehidupan seharian.

“Saya menjadi pelajar KEDAP bersama seorang lagi menantu perempuan dan berjalan kaki dari rumah ke SK Pulau Libaran sejauh kira-kira dua kilometer sahaja,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Tamat Belajar KEDAP semalam.

Seramai 324 pelajar KEDAP daripada 12 sekolah di seluruh negeri menerima sijil tamat belajar disempurna­kan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Mohammad Mohamarin yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sementara itu, Mohd Shafie menerusi teks ucapan dibacakan Mohammad, memuji semangat ditunjukka­n pelajar KEDAP walaupun ramai sudah mencapai usia emas dan tidak berputus asa menghabisk­an pembelajar­an di sekolah masing-masing.

 ??  ?? MOHAMMAD (kanan) menyampaik­an sijil KEDAP kepada Abdul di Hotel Tabung Haji.
MOHAMMAD (kanan) menyampaik­an sijil KEDAP kepada Abdul di Hotel Tabung Haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia