Harian Metro

Tender semula semua projek

-

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli membatalka­n semua projek di bawah kementeria­n itu yang diserahkan kepada kontraktor tanpa melalui proses tender terbuka oleh kerajaan sebelum ini.

Menterinya Dr Xavier Jayakumar mendedahka­n, 95 peratus daripada projek di bawah kementeria­n itu yang diluluskan kerajaan terdahulu diberi secara rundingan terus atau melalui tender terhad.

Berikutan itu katanya, kelulusan tender bagi semua projek itu termasuk dibatalkan dan proses tender baharu secara terbuka akan dibuat semula untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Sebab itu kita batal semua (kelulusan tender projek sebelum ini) di Sabah dan buat tender semula,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Sabah di sini, semalam.

Xavier berkata, langkah itu sejajar dengan pendekatan kerajaan Pakatan Harapan yang mahu semua proses dibuat secara telus termasuk memastikan tender projek dibuat secara terbuka.

Sementara itu katanya, isu air akan terus diberi keutamaan dalam pelan pembanguna­n kementeria­n itu di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya, perkara itu akan dibincangk­an bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejajar kerjasama yang terjalin antara kerajaan negeri dan Pusat.

Bagi Bajet 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat ini, katanya, beberapa projek di Sabah diberi keutamaan khususnya berkaitan industri air termasuk menangani masalah banjir.

Projek Pendidikan Alam Sekitar dan Haiwan (APE) Malaysia dan Orangutan Species Survival Plan (Orangutan SSP) berjaya menyiapkan beberapa kemudahan tambahan untuk orang utan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP).

Antaranya ialah buaian, guni balak, jambatan hos pemadam api sepanjang 7.5 meter dan tali baharu untuk orang utan memanjat dan bergayut sepanjang 180 meter.

Kemudahan itu disiapkan dalam masa dua hari menerusi program inisiatif APE Malaysia bagi membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) meningkatk­an kebajikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia