Harian Metro

Beri keutamaan bina empangan di Papar

-

Kota Kinabalu: Pembinaan empangan di Papar antara perkara yang perlu diberi keutamaan bagi memenuhi keperluan bekalan air terutama di Kota Kinabalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain pungutan Air Tanpa Hasil (NRW) perlu dipertingk­atkan, sumber di empangan juga memerlukan keutamaan.

“Ini yang saya tekankan kerana Kota Kinabalu adalah bandar yang besar dan bukan hanya dihuni oleh penduduk tempatan, malah pelancong yang jumlahnya semakin meningkat.

“Saya yakin keperluan air di kawasan ini meningkat, jadi sebab itu kita minta supaya keutamaan dapat diberi untuk bantu membina empangan di Papar, bukan hanya jangka pendek tetapi jangka panjang ia akan dapat membekalka­n air yang cukup,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas hadir pada taklimat bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, ada banyak lagi masalah yang dihadapi di kebanyakan daerah di negeri ini termasuk pembetunga­n dan banjir yang perlu diberi perhatian.

“Bukan hanya di Tawau, Sandakan malah di Kota Kinabalu kita berhadapan dengan masalah ini dan kita perlu hadapi.

“Kebimbanga­n saya kalau musim banjir nanti, kita akan berdepan (masalah) saliran tersumbat dan di Kota Belud, menjadi satu keutamaan untuk diatasi kerana (kawasan itu) kita punya harapan untuk realisasik­annya sebagai lokasi penanaman padi berskala besar tetapi kerap dilanda banjir,” katanya.

Beliau berharap dengan kekerapan kehadiran menteri ke negeri ini, ia dapat memudahkan pelaksanaa­n projek di kawasan yang diberi keutamaan.

Terdahulu, Xavier berkata, RM170 juta peruntukan disalurkan kementeria­nnya untuk mengatasi masalah NRW di negeri ini.

“Kita sudah atur beberapa projek di Sabah dan akan dilanjutka­n ke tahun hadapan. Kita kena kurangkan NRW di Sabah untuk kita dapatkan keuntungan besar untuk rakyat bukan sahaja di bandar, tetapi luar bandar.

“Ada beberapa projek telah diminta oleh kerajaan negeri sebagai keutamaan termasuk empangan Papar dan Tebobon untuk dibincang dan kita akan bincangkan isu-isu ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shafie (kiri) menerima kunjungan hormat Dr Xavier.
MOHD Shafie (kiri) menerima kunjungan hormat Dr Xavier.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia