Harian Metro

Fokus isu pendidikan

- Mohd Roji Kawi cnews@nstp.com.my

Bajet Sarawak 2019 yang bakal dibentangk­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan diharap memberi lebih tumpuan kepada golongan muda.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazruddin Abdul Rahman berkata, sebagai pewaris kepemimpin­an dan penggerak pembanguna­n negeri pada masa depan, golongan muda harus dipersiapk­an sepenuhnya mulai sekarang.

Justeru katanya, pembanguna­n belia terutama isu pendidikan harus menjadi fokus utama kerana ia menjamin untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang.

“Saya mengharapk­an agar fokus diberikan kepada program pembanguna­n belia secara menyeluruh. Walaupun kerajaan sudah memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), ia perlu diperkasak­an serta mencari nilai tambah agar ia lebih berkesan,” katanya.

Fazruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, selain memperkasa­kan pendidikan, golongan muda juga perlu dibantu untuk memudahkan mereka memiliki hartanah, khususnya tanah dan rumah.

“Saya juga mengharapk­an ada program khusus yang memberi penekanan untuk menyediaka­n peluang kepada graduan untuk memulakan perniagaan dalam industri teknikal yang saya yakin mampu melonjakka­n pendapatan belia.

“Pembinaan rumah kos rendah dan sederhana juga perlu diberi perhatian bagi membantu golongan muda terutama yang baru berkahwin untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

„ Timbalan Ketua Pemuda PBB mahu Bajet Sarawak tumpu pada golongan muda

 ?? Fazruddin ?? Walaupun kerajaan sudah memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), ia perlu diperkasak­an serta mencari nilai tambah agar ia lebih berkesan”
Fazruddin Walaupun kerajaan sudah memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), ia perlu diperkasak­an serta mencari nilai tambah agar ia lebih berkesan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia