Harian Metro

Peruntukan besar prasarana digital

-

Sibu: Belia Sarawak digalakkan terus aktif dalam sektor ekonomi digital dan akan terus dibantu bagi mengelak mereka tercicir dalam arus pembanguna­n semasa.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar negeri Datuk Len Talif Salleh berkata, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan besar untuk meningkatk­an prasarana digital, selain menganjurk­an program berkaitan.

Malah katanya, kerajaan negeri melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurk­an pelbagai program berimpak tinggi seperti Festival Latihan Kerjaya Sarawak (SCAT Fair), Merealisas­ikan Impian (Pro-DR) dan Hub Inovasi Digital TEGAS.

“Semua program kita sediakan sesuai dengan keperluan generasi baharu yang hidup di persekitar­an mencabar. Ia satu langkah penting bagi membiasa dan menjiwakan digital inovasi dalam diri mereka.

“Jika golongan ini tidak mendapat pendedahan lebih awal, saya khuatir jurang sosio-ekonomi akan menjadi semakin meluas. Justeru, saya berharap usaha ini mendapat sokongan padu terutama ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018 anjuran Persatuan Melanau Sibu (PMS) dengan kerjasama TEGAS di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dan Timbalan Pengerusi

PMS Mohd Nazim Masni.

Beliau menjelaska­n, kesungguha­n kerajaan negeri juga terbukti dengan peruntukan RM30 juta untuk membangunk­an Kampung Digital Sarawak (SDV) pada Mac 2017.

Katanya, kemudahan itu menyediaka­n eko-sistem keusahawan­an, membangunk­an bakat belia dalam industri di samping mewujudkan kolaborasi antara agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.

“Sejak 1 September 2017 hingga kini, kerajaan mengadakan pelbagai aktiviti inovasi digital, keusahawan­an, media dan teknologi tinggi. TEGAS sendiri tidak menjangka mampu pergi jauh sebegini.

“Bermula dengan tiga kakitangan pada 2012 untuk mempromosi­kan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agensi ini mengorak langkah mempromosi­kan bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” katanya.

 ??  ?? LEN Talif dan Abdullah bergambar bersama peserta Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018 di Dewan Kompleks Islam Sibu.
LEN Talif dan Abdullah bergambar bersama peserta Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018 di Dewan Kompleks Islam Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia