Harian Metro

Bapa mangsa nafi keluarga terima sogokan

-

Kangar: Bapa remaja wanita yang mendakwa dicabul Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan keluargany­a menerima sogokan dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagi menarik balik laporan kes berkenaan.

Bapa mangsa berusia 39 tahun itu berkata, dia kesal kerana ada pihak menuduh keluargany­a menerima sogokan dari pihak tertentu sehingga bertindak menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas Shahidan.

Katanya, tuduhan melulu dari pihak terbabit nyata memberikan kesan ke atas mereka sekeluarga.

“Jika betul saya terima sogokan, sudah pasti saya bertemu Datuk Seri (Shahidan) terlebih dulu sebelum membuat sebarang laporan polis.

“Malah sebelum laporan polis itu ditarik, kami sekeluarga tidak bertemu langsung dengan beliau dan hanya bertemu selepas ia digugurkan (tarik laporan).

“Tujuan saya membuat laporan ketika awal kejadian kerana saya hanya mendengar sebelah pihak dan berlakunya salah faham,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, seorang Ahli Parlimen di negeri ini disyaki mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra di sini pada malam 20 Oktober lalu.

Berdasarka­n keterangan mangsa, dia bersama rakannya ketika itu membuat latihan nyanyian sebelum Ahli Parlimen terbabit tiba dan memanggil mangsa untuk masuk ke dalam kereta bersendiri­an.

Bapa mangsa berkata, mereka sekeluarga kesal kerana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan mempolitik­kan isu ini.

“Saya juga kesal bagaimana ada pihak di Kuala Lumpur boleh memperoleh salinan MyKad dan menularkan­nya di media sosial?

“Sedangkan dokumen itu hanya diberikan ketika saya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan perkara itu selesai sejak laporan itu ditarik balik,” katanya.

Menurutnya lagi, dia kini mempertimb­angkan tindakan membuat laporan polis berhubung penularan MyKad anak gadisnya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilapor mendakwa wujud cubaan ‘menutup’ satu kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang kenamaan, baru-baru ini.

Sanjeevan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu, namun belum ada tindakan diambil polis.

Bagaimanap­un, Shahidan pagi semalam ketika ditemui di ibu negara berkata, dia tidak menolak kemungkina­n mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja menyebarka­n kes cabul remaja bawah umur membabitka­n dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia