Harian Metro

Lans koperal mati bunuh diri

-

Batu Gajah: Lans koperal yang ditemui mati dengan kesan tembakan berhampira­n kediaman anggota di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh pada Rabu lalu dipercayai membunuh diri berikutan menghadapi masalah peribadi.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat anggota polis berkenaan, S Pritviraj, 29, pihaknya mengklasif­ikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Menurutnya, siasatan lanjut dan hasil keterangan yang diambil daripada beberapa individu mendapati tiada unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

“Kami percaya ia perbuatan bunuh diri tetapi kami masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

“Apakah sebab bunuh diri, kami masih menyiasat, namun lebih menjurus dengan isu peribadi dan bukan disebabkan tekanan kerja,” katanya ketika sidang media selepas menyaksika­n majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah di sini, semalam.

Mayat anggota polis yang belum berkahwin itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi longkang bersebelah­an kediaman bujang dalam kawasan balai polis berkenaan.

Polis mengesahka­n mayatnya ditemui dalam keadaan berpakaian seragam polis dengan senjata jenis MP5 berada bersebelah­annya oleh seorang pekerja pembersiha­n ketika hendak membersihk­an kawasan belakang berek balai polis berkenaan.

Siasatan dipercayai kejadian berlaku jam 6.15 pagi dengan anggota polis itu ditemui mati dengan kesan satu tembakan yang menembusi kepalanya.

Hasnan berkata, senjata yang ditemui berhampira­n mangsa adalah senjata yang didaftarka­n di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, bekas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baru berkuatkua­sa semalam.

Beliau menggantik­an Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari yang bersara wajib mulai Isnin ini.

Apakah sebab bunuh diri, kami masih menyiasat, namun lebih menjurus dengan isu peribadi dan bukan disebabkan tekanan kerja”

Hasnan Hassan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia