Harian Metro

Komander nafi samun

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz cnews@nstp.com.my

„ Lima lelaki termasuk tiga beradik tak mengaku rompak sotong RM20,000

Lima lelaki termasuk tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpula­n, minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Zon Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman, Terengganu Muhammad Rezal Kamal Bashah, 39, bersama dua adiknya, Muhammad Aminruddin, 31, yang juga guru dan Pembantu Am Rendah Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Muhammad Nur Adnan Shah, 29.

Dua lagi tertuduh ialah nelayan, Muhammad Suhaimi Abdullah, 20, dan Abdullah Saat, 56 tahun.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merompak menggunaka­n pistol, merampas satu tan sotong bernilai RM20,000 daripada bot nelayan di perairan Rompin jam 3.14 pagi, 24 Oktober lalu.

Untuk itu, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari, manakala semua tertuduh diwakili peguam Anwar Ab Raof dan Mohd Faizal Hiqram Azmi.

Terdahulu, setiap tertuduh ditawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar.

Bagaimanap­un, Anwar memohon mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan berkenaan atas alasan semua tertuduh menanggung keluarga masing-masing.

Siti Aminah membenarka­n setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bercagar dan menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang pegawai agensi penguatkua­saan berpangkat komander bersama dua adiknya serta dua beranak selepas dipercayai terbabit dalam rompakan sotong dan wang tunai daripada tekong bot warga Vietnam di perairan Rompin.

Bot nelayan berkenaan ditahan suspek yang memperkena­lkan diri sebagai anggota penguat kuasa dari Mersing, Johor dan meminta wang tunai sebagai balasan supaya tidak diganggu.

Malah, kumpulan suspek itu turut melarikan satu tan sotong.

 ??  ?? LIMA tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan rompakan berkumpula­n, semalam.
LIMA tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan rompakan berkumpula­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia