Harian Metro

Lelaki kantoi jual kamera curi tinggal isteri

-

Kuala Terengganu: Lelaki yang terbabit dalam kes pecah masuk kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, dekat sini, tergamak meninggalk­an isteri dan anaknya berusia empat tahun selepas ‘tembelangn­ya menjual barangan curi kepada pelanggan terbongkar.

Lelaki dikenali Abdul Rahim Alias, 41, diburu polis selepas dipercayai mendalangi kes pecah masuk kedai gambar dan mencuri kamera sebelum menjualnya di laman sesawang mudah.my pada 17 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superinten­dan Suffian Sulaiman berkata, suspek dipercayai mencuri kamera lensa reflek tunggal digital (DSLR) model Canon 50D dari kedai berkenaan sebelum memuat naik iklan di mudah.my.

Beliau berkata, modus operandi suspek terbongkar apabila pemilik kedai gambar berkenaan membuka laman sesawang itu untuk membeli kamera baharu menggantik­an kamera dicuri.

“Bagaimanap­un, ketika menyedari iklan berkaitan kamera itu dimuat naik ke laman sesawang berkenaan, mangsa ‘memancing’ penjual terbabit bertemu kerana berminat membeli kamera dijual berharga RM1,300.

“Selepas persetujua­n dicapai, mangsa ke pasar raya di Jalan Hiliran, di sini sebelum didatangi wanita yang membawa kamera DSLR berkenaan bersama anaknya.

“Bagaimanap­un, mangsa menghubung­i polis selepas yakin alat digital itu miliknya yang dicuri,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Suffian berkata, wanita terbabit sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya yang menunggu di dalam kereta di luar pasar raya berkenaan, sekali gus memberi peluang suspek melarikan diri.

“Hasil soal siasat mendapati wanita terbabit isteri suspek dan dia tidak mengetahui kamera dibawa adalah barangan dicuri suaminya,” katanya.

Suffian berkata, wanita itu mempunyai seorang anak berusia empat tahun direman empat hari bermula 22 Oktober lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

 ??  ?? SUFFIAN (tengah) menunjukka­n kamera DSLR dan gambar suspek yang diburu.
SUFFIAN (tengah) menunjukka­n kamera DSLR dan gambar suspek yang diburu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia