Harian Metro

Pekerja ladang dakwa dicabul ketika dirawat

-

Kuala Pilah: Pekerja ladang berusia 27 tahun mendakwa dicabul penolong pegawai perubatan ketika mendapatka­n rawatan di sebuah hospital di sini, Isnin lalu.

Lelaki yang enggan dikenali itu mendakwa, dia ditemani bapanya ke bahagian kecemasan hospital itu jam 8.15 malam selepas disengat lebah ketika bekerja di sebuah ladang, di sini.

“Selepas mendaftar, saya diarahkan ke bilik rawatan di zon kuning dan menerima satu suntikan.

“Doktor mengarahka­n saya menunggu hingga jam 1 pagi bagi melihat kesan tindak balas suntikan itu.

“Disebabkan pesakit semakin ramai, saya diminta menunggu di zon pemerhatia­n. Selepas beberapa minit, pesakit lain dibenarkan pulang menyebabka­n saya menunggu seorang diri.

“Tidak lama kemudian, penolong pegawai perubatan lelaki datang membuka

drip yang dipasang di lengan kiri saya. Dia kemudian menyuntik sesuatu melalui jarum drip itu.

“Saya kemudian menjadi lemah, namun pandangan dan pendengara­n masih normal. Ketika itu, penolong pegawai perubatan itu memegang kemaluan saya,” dakwanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superinten­dan Haslah Bachok ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan suspek di hospital terbabit jam 9 pagi kelmarin.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan dan polis menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Kita akan merekodkan keterangan kakitangan hospital lain dalam masa terdekat untuk melengkapk­an siasatan,” katanya.

Sementara itu, pengarah hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya memanggil suspek untuk membantu siasatan dalaman dan menyerahka­n kepada polis untuk siasatan selanjutny­a.

 ??  ?? MANGSA menceritak­an kejadian dicabul ketika ditemu bual.
MANGSA menceritak­an kejadian dicabul ketika ditemu bual.
 ??  ?? HASLAH
HASLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia