Harian Metro

Penuntut UKM korban nahas

-

Kuala Lumpur: Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabit kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampira­n Terowong SMART, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian jam 9 malam, mangsa, Aiman Hafizi Sharifuddi­n, 20, dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar pembahagi

>>Dua rakan tidur dalam bilik ketika rumah terbakar

jalan sebelum terjatuh.

“Siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berada di lorong tengah dan mengubah haluan ke lorong kanan menuju ke Terowong SMART.

“Mangsa cuba mengubah haluan semula ke lorong tengah dan ketika ingin masuk ke lorong tengah, dia terlanggar pembahagi jalan lalu terjatuh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Zulkefly berkata, ketika kejadian ada sebuah teksi berada di belakang mangsa yang gagal membrek lalu melanggarn­ya.

“Mangsa yang parah dihantar ke HUKM untuk mendapatka­n rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 5 pagi (semalam) ketika dirawat,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Nurasmadi (kiri) dan Syukri bersyukur terselamat selepas rumah mereka terbakar.
MUHAMAD Nurasmadi (kiri) dan Syukri bersyukur terselamat selepas rumah mereka terbakar.
 ??  ?? AIMAN (gambar kecil) meninggal dunia dalam kemalangan berhampira­n Terowong SMART.
AIMAN (gambar kecil) meninggal dunia dalam kemalangan berhampira­n Terowong SMART.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia