Harian Metro

Peniaga minyak wangi terselamat kereta berapi

-

Bandar Baru Nilai: Seorang peniaga minyak wangi terselamat apabila kereta Citroen Berlingo yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 276, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampira­n Plaza Tol Nilai, dekat sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Seremban 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, kejadian jam 10.09 pagi itu berlaku ketika peniaga berusia 40-an terbabit dalam perjalanan dari Mambau dekat sini, ke Bangi.

Beliau berkata, lelaki itu yang bersendiri­an ketika kejadian membawa 96 botol minyak wangi untuk dihantar ke kios jualan selain diserahkan kepada pelanggan.

“Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu terhidu asap yang keluar melalui pendingin hawa disusuli percikan api pada bahagian enjin. Dia sempat memberhent­ikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum menyelamat­kan diri,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Syazwan berkata, dua pegawai peronda PLUS yang meronda di kawasan itu menyedari kereta berkenaan terbakar lalu melaporkan kejadian itu kepada bilik gerakan yang kemudian menghubung­i bomba.

“Tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian. Kereta itu bagaimanap­un terbakar sepenuhnya. Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Selain kereta, 96 botol minyak wangi yang dibawa pemiliknya turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

 ?? Mohd Syazwan ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta milik peniaga. Selain kereta, 96 botol minyak wangi yang dibawa pemiliknya turut musnah dalam kebakaran itu”
Mohd Syazwan ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta milik peniaga. Selain kereta, 96 botol minyak wangi yang dibawa pemiliknya turut musnah dalam kebakaran itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia