Harian Metro

Cemar Upin & Ipin

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

„ Pengarah Les’ Copaque akui ada pihak ambil kesempatan sengaja ubah suai kartun popular dengan unsur lucah

Sejak lima tahun lalu, terdapat lebih 20 klip video berunsur lucah menggunaka­n watak dalam siri animasi popular tempatan, Upin & Ipin yang disunting pihak tidak bertanggun­gjawab dan disiarkan di YouTube.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddi­n Md Radzi berkata, video berkenaan mula tular sejak lima tahun lalu dan disunting pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Memang sudah lama kita sedar wujud klip video yang diubah suai. Tetapi saya mengambil langkah untuk tidak memperbesa­rkan isu ini dan hanya biarkan saja.

“Setakat ini semuanya masih terkawal dan mereka akan berhenti daripada menggunaka­n karya asal seperti yang dapat dilihat di televisyen.

“Apa yang boleh saya katakan mana-mana kandungan mengarut dan di luar konteks itu bukan dihasilkan oleh Les’ Copaque. Saya juga dimaklumka­n ada peminat siri Upin & Ipin memuat naik rakaman di YouTube, itu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara

itu,

aktivis masyarakat, Mohd Noor Izzat Johari berkata, dia dimaklumka­n mengenai perkara itu oleh ibu bapa yang hanya menyedari elemen lucah diselitkan selepas mendengar skrip, selain beberapa elemen tidak senonoh lain.

Katanya, klip itu menjadi tarikan kepada kanak-kanak kerana ia menggunaka­n gambar mirip watak kartun popular tempatan, namun kandungann­ya diubah sehingga tidak lagi sesuai untuk tontonan golongan bawah umur.

“Ada adegan berkemban, cerita mengenai cara melahirkan anak yang tidak ada di dalam video asal. Ibu bapa berkongsi kerisauan mereka dengan saya dan apabila disemak, ternyata kartun itu dieksploit­asi pihak tertentu,” katanya.

 ??  ?? BURHANUDDI­N
BURHANUDDI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia