Harian Metro

Mahaguru filem bagus ‘Hadiah buat ibu’

- Najiy Jefri cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Walaupun teaser filem Mahaguru yang dimuat naik di YouTube sejak 11 Oktober lalu menerima kecaman hebat daripada netizen yang mempertika­ikan kualitinya, pengarah Z Lokman tetap mempertaha­nkan ia filem yang bagus.

Z Lokman, 73, atau nama sebenarnya Zulfakar Lokman berkata, Mahaguru memenuhi ciri yang ditetapkan pemilik pawagam dan akan ditayangka­n mulai 15 November ini.

“Sasaran kami generasi sekarang menonton filem ini supaya mendatangk­an semangat kepada mereka untuk mengenali silat.

“Sudah tentu semua tahu bajet filem arahan saya tak setinggi mana, tapi kami bersyukur dapat menghasilk­an filem sebegini,” katanya yang ditemui pada pratonton filem Mahaguru di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Klang, di sini, semalam.

Video berdurasi 43 saat itu menampilka­n beberapa babak menarik daripada filem ini. Ia turut memperliha­tkan beberapa babak menggunaka­n teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang menjadi bahan sendaan netizen kerana dikatakan tidak berkualiti.

Mereka turut mempertika­ikan kualiti video yang seolah-olah diambil menggunaka­n telefon bimbit. Ada juga mengaitkan­nya seakan-akan sama filem era 1980-an.

“Saya sebenarnya sudah letih. Sudah lebih 40 tahun mengarah dan soalan diajukan tetap sama. Terserah kepada penonton atau mana-mana pihak yang beranggapa­n filem ini ketinggala­n zaman. Ia satu kemajuan kerana saya nak tunjukkan filem pendekar yang sudah lama dilupakan,” katanya.

Wany Hasrita yang menerima hadiah kereta Citroen C4 Picasso L2 selepas diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31) mahu menghadiah­kan kereta berharga RM150,000 itu kepada ibunya, Norita Jaafar, 47.

Wany berkata, selama ini ibunya menjadi sumber kekuatan dan tulang

„ Bintang Paling Popular ABPBH31 terima kereta Citroen

belakang dalam kerjaya seninya.

“Ini hadiah terbesar untuknya. Sebelum ini saya berhasrat untuk membelikan­nya sebuah rumah tapi belum berkemampu­an lagi,” katanya yang menerima hadiah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Euro Motors Sdn Bhd, Yasser Awan di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif BH merangkap Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarang Hiburan BH merangkap

Pengerusi

Pengelola

ABPBH 31,

Shamshul

Azree

Samshir.

Menurut

Wany, dia ingin membawa ibunya ke KLCC yang juga bekas tempat kerja ibunya itu.

“Sebelum ini dia bekerja sebagai kerani di sana. Jadi, saja nak bawa dia ke sana menaiki kereta ini,” katanya.

Wany berkata, hadiah kemenangan itu juga hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hingga bergelar Bintang Paling Popular.

“Tanpa sokongan Wanynizer, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara nadi utama yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? YASSER menyerahka­n replika kunci kepada Wany sambil diperhatik­an Zaini (kanan) ketika penyampaia­n kereta Citroen C4 Picasso di Balai Berita NSTP Bangsar.
WANY Hasrita bersama ibunya, Norita.
YASSER menyerahka­n replika kunci kepada Wany sambil diperhatik­an Zaini (kanan) ketika penyampaia­n kereta Citroen C4 Picasso di Balai Berita NSTP Bangsar. WANY Hasrita bersama ibunya, Norita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia